SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Sudut Nilam


Kem Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Selangor 2010

 
Berikut adalah video Kem Nilam Peringkat Negeri Selangor kali ke-7 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2010. Walaupun hanya 3 hari, namun aktiviti-aktiviti yang disediakan cukup padat dalam pencarian tokoh Nilam Negeri Selangor.


   
Antara objektifnya ialah untuk mengiktiraf murid yang melibatkan diri secara aktif dalam dunia pembacaan sebagai tokoh NILAM Negeri Selangor. Ia juga merupakan medan untuk memilih calon yang terbaik yang akan mewakili Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan


PROGRAM BACAAN NILAM    
KONSEP PROGRAM NILAM        
Latar belakang
Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. A. Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan ada perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja.Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. B. Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap lima tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%. Pada masa ini terdapat pelbagai aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan. Rasional Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai galakan program membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian  Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakkan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.    
Matlamat
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.        
Objektif
A. Menanam minat suka membaca di kalangan murid-murid.
B. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. ke arah kematangan membaca. Faktor semulajadi yang ada pada kanak-kanak ialah sifat ingin tahu tentang  persekitaran dan dunia amnya.          
Pendekatan
Berdasarkan pertimbangan di atas pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan.  Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah berikut.



Rajah 1: 
Pendekatan Program               







  

PELAKSANAAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap :
  1. Tahap Jauhari
  2. Rakan Pembaca

TAHAP JAUHARI
Program ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah

RAKAN PEMBACA
Ciri-ciri rakan pembaca :
Ø      Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
Ø      Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serts di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
Ø      Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.  Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang.  Buku-buku yang dipinjamk akan juga dibaca oleh rakan-rakan, peluarga dan jiran.
Ø      Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.  Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Ø      \Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI RAKAN PEMBACA
  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara buku
  • Meminjam buku

CONTOH-CONTOH AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
·                    Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 50 – 100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana yang mampu.

·                    Anotasi Buku
Aktiviti ini sesuai untuk murid sekolah menengah.  Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod.  Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.

·                    Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun.  Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca., kemahiran pengendalian maklumat., ADD dan kerja projek.

·                    Kuiz Bistari
Khusus untuk pelajar Menengah Atas.  Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang membincangkan isi-isu berkaitan Ekonomi, Dadah, AIDS, Sejarah dan Bahasa Inggeris.  Pemenang akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.

·                    Projek Cakna
Projek ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan masalah kurangnya kemahiran membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini dengan harapan tidak terdapat lagi pelajar yang tidak boleh membaca selaras dengan konsep menuju ke arah ‘zero defect’.  Strategi projek ini ialah mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai bahan bacaan ringan yang mudah dibaca, bergambar dan berwarna-warni.
Pelajar membaca bahan tersebut dengan diawasi dan dibimbing oleh guru pembimbing.  Guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik.  Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca.

·                    Sepuluh Minit Bersama Buku
Semua guru dan murid dikehendaki hadir ke sekolah 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.  Giliran murid yang membaca dikehendaki terus pergi ke tempat mencari ilmu.  Murid membaca di zon-zon membaca yang disediakan.  Guru pula dikehendaki berada bersama murid di zon-zon membaca.