LAPORAN AKTIVITI
Nama Sekolah : SK Pulau Indah 2
Nama aktiviti :Kem Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Tarikh : 22. 7. 2010
Aktiviti kem bermula pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat pengkelasan bahan. Pengawas didedahkan kepada bahan buku dan bahan bukan buku yang terdapat di pusat sumber.
Seterusnya mereka menjalani aktiviti memproses bahan buku. Dalam sesi ini mereka mempelajari bagaimana mengkelaskan buku mengikut tajuk dan kumpulan. Pengawas juga melakukan proses pengkelasan buku supaya mereka lebih memahami tugas mereka di pusat sumber. Begitu juga dengan bahan bukan buku.
Sesi terakhir adalah sesi motivasi untuk pengawas pusat sumber. Para pengawas diingatkan supaya menjalankan tugas dengan lebih berkesan selepas menghadiri kem ini. Mereka juga diminta supaya menjalankan tugas dengan lebih teratur dan terancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan