SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 4 November 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG    RAJA UDA
NAMA AKTIVITI : HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA  2010
TARIKH : 10 MEI 2010 
ANJURAN : KELAB SPBT & PERPUSTAKAAN DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER  SEKOLAH.

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan , Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ( World Book and Copyright Day . Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta Intelek melalui hak cipta.

AKTIVITI
1  Majlis Perhimpunan
a. Ucapan Pengerusi Majlis
b. Taklimat ‘Hari Buku & Hak Cipta Sedunia tahun 2010’
c. Ucapan Perasmian oleh Guru Besar / Penyelia Petang
d. Persembahan Murid :
- Bercerita oleh Aida Roslaina bt Abd Razak ( Sesi Pagi )
- Bercerita sesi petang
e. Majlis Pengiktirafan NILAM
f. Penyampaian Sijil & Hadiah Pembaca Terbanyak Bulanan
g. Nyanyian lagu :
-  ‘Membaca Gaya Wawasan’
-  NILAM
h. Bersurai

2.  Pertandingan Mewarna Tahap 1
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 1 jam

3. Pertandingan Melukis poster Tahun 5
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 2 jam )

4. Pertandingan Mencipta Kulit Buku Cerita Tahun 4
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 2 jam )

5. Pertandingan Membaik pulih  Buku Cerita : Tahun 6
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 1 jam )

Semoga aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak agar wujud kesedaran tentang peri pentingnya amalan membaca dan pengiktirafan kepada mereka yang telah memerah otak berkarya untuk tatapan umum. Kreativiti dalam pelaksanaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia juga akan memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti perbukuan. Sesungguhnya “MEMBACA MEMPERKAYA MINDA”.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan