SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 4 November 2010

Hari Sukan Ke-29 SJKC Pandamaran B

Nama Sekolah : SJK(C) Pandamaran B
Nama aktiviti :Temasya Sukan ke- 29
Tarikh : 8 Oktober 2010
Tempat : Padang Sekolah
      

SJKC Pandamaran  B  mengadakan temasya sukan kali ke- 29 pada 8 Oktober 2010 di padang sekolah. Hari Sukan tersebut merupakan acara tahunan sekolah.
        Tujuan Hari Sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid ,guru-guru dan ibu bapa.
        Acara pertama yang berlangsung pada pagi itu ialah acara perbarisan. Acara ini disertai oleh kesemua peserta rumah sukan yang mengambil bahagian. Ada lima rumah sukan yang bertanding, iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Ungu.
        Pelbagai acara sukan dipertandingkan. Antaranya termasuklah lumba lari, lompat tinggi, tarik tali, lari dalam guni, lompat tali dan sebagainya. Acara yang paling menarik ialah tarik tali. Ramai ibu bapa datang untuk memberi sokongan kepada anak mereka. Suasana pada hari itu riuh-rendah.
        Temasya sukan tahunan tamat pada pukul 12.45 tengah hari.Rumah Ungu telah menjadi johan keseluruhan pada tahun ini.
         Sebelum bersurai, guru-guru dan murid-murid membersihkan padang sekolah. Temasya sukan tahunan ini telah mengeratkan hubunngan antara pihak sekolah,  ibu bapa dan murid-murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan