SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 30 Disember 2010

lesen Kaspersky yang tamat tempoh

Assalamulaikum wbrth dan Salam Sejahtera,

Berkenaan lesen Kaspersky yang tamat tempoh anda boleh menggunakan tools ini untuk membuang Kaspersky yang telah tamat tempoh. http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208279463

Untuk antivirus lain sebagai ganti anda boleh menggunakan Microsoft Security Essential http://www.microsoft.com/security_essentials/

Mohd Mohsan
Pegawai Teknologi Pendidikan

Khamis, 16 Disember 2010

Dasar MBMMBI KPM

Secara dasar MBMMBI adalah berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan P&P
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam P&P
  4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan P&P
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url http://www.moe.gov.my/mbmmbi
Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.

Rabu, 8 Disember 2010

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRIAH..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat Menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru 1432 Hijriah daripada kami warga PKG Pelabuhan Klang

Isnin, 6 Disember 2010

Mohon Makmal Komputer Baru

BTPN Selangor telah bermesyuarat bersama Timbalan Pengarah JPN Selangor mengenai beberapa perkara termasuk menyentuh mengenai makmal komputer sekolah yang masih belum dibina di sekolah tuan/puan walaupun sekolah tersebut telah lama wujud.
Mohon sekolah yang belum mendapat Makmal Komputer (sekolah lama / sekolah baru) memohon secara bertulis kepada Pengarah sendiri dan cc satu salinan kepada BTPN Selangor melalui email (support@btpnsel.edu.my)
Mohon dalam surat nyatakan perkara berikut :
  1. Tahun sekolah ditubuhkan,
  2. Justifikasi perlunya makmal (mata pelajaran, projek khas dan keperluan lain) dan
  3. Enrollment sekolah.
Segala surat tuan puan diberi jaminan oleh Unit ICT dan Pembangunan Jabatan akan dijawab dalam masa 1 minggu oleh En Abdullah daripada Unit ICT Jabatan serta Unit Pembangunan.
Ini adalah berikutan masih ada sekolah sejak 10 tahun lepas yang masih belum mempunyai makmal komputer yang mana kami di BTPN Selangor melihat perkara ini serius kerana menyekat matlamat membestarikan pendidikan secara amnya seperti pelaksanaan MBMMBI pada tahun hadapan.

Sabtu, 4 Disember 2010

Pemberitahuan mengenai kegiatan penipuan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bila-bila masa tidak pernah memilih,  melantik dan memperakusahkan mana-mana individu  atau kumpulan orang daripada mana-mana syarikat  atau perbadanan untuk mewakili sebagai agen bagi memasang, mengedar, mempromosi dan mengesahkan apa-apa jenis produk ICT daripada apa-apa jenis dan jenama hasil keluaran daripada mana-mana pengeluar sama ada tempatan atau pun luar negara.

Perkhidmatan Talian Alternatif Internet

Assalamualaikum Tuan/Puan PKG,
Dilampirkan surat makluman perkhidmatan talian alternatif internet daripada KPM. Jika terdapat sekolah yang ada membuat permohonan diminta PKG panjangkan surat ini sahaja.
Kepada sekolah yang sudah melanggan internet selain daripada schoolnet sila luangkan sedikit masa menjawab bancian dibawah

Borang Bancian Talian Internet

Sekian terima kasih

Mohon Makmal Komputer Baru

BTPN Selangor telah bermesyuarat bersama Timbalan Pengarah JPN Selangor mengenai beberapa perkara termasuk menyentuh mengenai makmal komputer sekolah yang masih belum dibina di sekolah tuan/puan walaupun sekolah tersebut telah lama wujud.
Mohon sekolah yang belum mendapat Makmal Komputer (sekolah lama / sekolah baru) memohon secara bertulis kepada Pengarah sendiri dan cc satu salinan kepada BTPN Selangor melalui email (support@btpnsel.edu.my)
Mohon dalam surat nyatakan perkara berikut :
  1. Tahun sekolah ditubuhkan,
  2. Justifikasi perlunya makmal (mata pelajaran, projek khas dan keperluan lain) dan
  3. Enrollment sekolah.
Segala surat tuan puan diberi jaminan oleh Unit ICT dan Pembangunan Jabatan akan dijawab dalam masa 1 minggu oleh En Abdullah daripada Unit ICT Jabatan serta Unit Pembangunan.
Ini adalah berikutan masih ada sekolah sejak 10 tahun lepas yang masih belum mempunyai makmal komputer yang mana kami di BTPN Selangor melihat perkara ini serius kerana menyekat matlamat membestarikan pendidikan secara amnya seperti pelaksanaan MBMMBI pada tahun hadapan.

Status Peralatan Kaypi yang Berada di Sekolah

Berikut adalah memo daripada BTP mengenai status peralatan Kaypi yang telah berada di sekolah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada
Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor
Ketua Penolong Pengarah BTPN WP Kuala Lumpur
Pegawai ICT BTPN Selangor
Pegawai ICT WP Kuala Lumpur
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikut disertakan memo dalaman dan surat mengenai cadangan daripada syarikat KAYPI supaya peralatan baru yang telah dihantar ditukar statusnya kepada unit pinjaman (loaner unit) sehingga pihak syarikat menyelesaikan penyenggaraan terhadap peralatan asal yang dilaporkan rosak.
3. Dipohon pihak tuan untuk mengambil maklum dan tindakan terhadap perkara tersebut supaya pihak syarikat dapat melaksanakan proses penyenggaraan mengikut spesifikasi dan prosedur seperti yang telah ditetapkan.
4. Untuk sebarang urusan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Ahmad bin Hj. Taba (ahmad_taba@moe.edu.my) ditalian 03-20987873 / 019- 2355998 atau Cik Mabel Dominic Madai (mabel@moe.edu.my) ditalian 03-20986113.
Perhatian dan kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
AHMAD BIN TABA
Penolong Pengarah
Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi Pendidikan (TMKP)
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2098 7873
Faks : 03-2098 6242
Emel : ahmad_taba@moe.edu.my
 Download memo di bawah
  Memo BTP mengenai Kaypi (1.2 MiB, 19 hits)

Khamis, 25 November 2010

antivirus percuma

Antivirus Percuma untuk Sekolah

LAMAN MIKRO MBMMBI

25th October 2010

Klik di sini untuk memasuki laman mikro MBMMBI.

Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bagi guru-guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan bil. 5/2010 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Sekolah Rendah) boleh disemak di laman web KPM bermula 15 November 2010 sehingga 3 Disember 2010. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMANuntuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Untuk semakan klik 
di sini.

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Print Email Report Back 

Warga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengalu-alukan kedatangan YBhg Datuk Hj Isa bin Abu sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Print Email Report Back 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.

Mohon Makmal Komputer Baru

Salam, Selamat Datang ke PKG Pelabuhan Klang Sila klik langgan suapan RSS kami atau melalui email untuk berita terkini lagi sensasi.