SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Selasa, 2 November 2010

HARI GRADUASI TAHUN ENAM 2010

Seramai 198 orang murid –murid tahun enam telah menyertai Hari Graduasi pada 29.10.2010 (Jumaat) di Tapak Perhimpunan SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh En.R.Nagandran , Pengurus Rantau Selasa Sdn.Bhd. Pada hari tersebut En.P.Thiayagarajan  iaitu Pengurus OMS Group Engineering Sdn.Bhd. juga turut menghadiri  bersama isterinya iaitu bekas guru besar sekolah ini sebagai tetamu khas. Sambutan ini telah diadakan sempena menghargai jasa guru-guru tahun enam yang telah banyak menyumbangkan bakti untuk mencapai keputusan UPSR yang cemerlang
Guru –guru dan ibu bapa telah memberi kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Para hadirin telah terhibur dengan persembahan murid. Majlis Hari Graduasi Tahun Enam berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari dalaman mahupun luaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan