SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Rabu, 30 Mac 2011

SPPICTS Bermula Hari Ini


Kutipan data berlangsung dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Mohon kerjasama semua pihak untuk menjayakan kutipan data kali ini.
Maklumat untuk mengisi adalah seperti berikut :
  1. URL Laman Web : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
  2. ID : <kodsekolah>
  3. Password : <123>
Sila kemaskini maklumat jika ada perubahan dan jawab soalan yang dikemukan dengan jujur .. pastikan tiada medan tertinggal (semua icon petunjuk menjadi warna hijau)

Kutipan SPPICTS 1/2011 Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja
Harap maklum.

Khamis, 17 Mac 2011

Maklumat Internet Sekolah diperlukan




6
Share
Sepertimana yang semua sekolah maklum dalam tempoh interim ini sekolah dibenarkan melanggan ISP luar.
Pihak BTP-KPM memerlukan maklumat mengenai langganan sekolah untuk tujuan audit sebelum 22 Feb 2011. Segala pertanyaan sila berhubung dengan Pn Raudah bt Sulaiman (03-20987818 / rr@moe.edu.my)

Selasa, 15 Mac 2011

Bengkel Khidmat Bantu PSS dan ICT PKG Pelabuhan Klang

Pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2011 yang lalu pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan program Bengkel Khidmat Bantu ke 2 buah sekolah ahlinya iaitu SK(1) Tengku Bendahara Azman dan juga SMK Raja Lumu.
Program khidmat bantu di SK(1) TBA dijalankan dalam membantu Pusat Sumber Sekolah berkenaan dalam menaiktaraf atau memperkemaskan lagi PSS tersebut.Ia nya melibatkan 15 guru PSS sekitar sekolah Pelabuhan Klang yang diketuai oleh Pn. Junaidah Bt. Kamin dari SMK(P) Raja Zarina.
Manakala program khidmat bantu di SMK Raja Lumu pula melibatkan Pusat Sumber Sekolah dan juga khidmat bantu penyelenggaraan peralatan komputer di makmal sekolah, makmal sains sekolah dan juga Laptop PPSMI. Di SMK Raja Lumu Pusat Sumber Sekolah telah sepenuhnya diberi khidmat bantu dari segi dokumentasi dan juga perubahan fizikal yang amat ketara di bawah pimpinan Puan Rohaya Bt Mohd Dahalan dari SMK Dato Hamzah. Ia juga melibatkan juga 15 orang guru PSS sekolah ahli PKG selain dibantu oleh guru-guru SMK Raja Lumu, pekerja sekolah dan juga pelajar-pelajar yang amat berdedikasi dalam menjayakan program ini. Bagi khidmat bantu penyelenggaraan ICT pula telah disertai seramai 5 orang Juruteknik Komputer (FT) sekolah ahli dan juga Juruteknik Komputer PKG yang amat berdedikasi dan komited dalam memberikan yang terbaik terhadap mutu kerja mereka.
Akhir sekali, program yang dianjurkan ini amat mencapai matlamat dan sasaran pihak PKG yang bersungguh-sungguh dalam membantu sekolah-sekolah ahli. Program seperti ini juga diharapkan dapat memupukdan memberi pengalaman baru kepada peserta terutamanya guru-guru PSS yang baru dalam mentadbir sesebuah Pusat Sumber mahu pun Makmal Komputer.
Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita terus maju dan sukses pada masa hadapan.



Khamis, 10 Mac 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM


Y. Bhg. Datin / Tuan / Puan,

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM 

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Seperti yang Y. Bhg. Datin / tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.

3.   Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.

4.    Kerjasama pegawai di peringkat BPN dan PKG yang terlibat dalam pengurusan program NILAM adalah dipohon untuk melengkapkan Soal Selidik 1 melalui link berikut


  BTPN / PKG (Sila klik di sini)

5.   Kerjasama pegawai di peringkat BTPN dan PKG juga dipohon untuk memanjangkan emel ini kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan Soal Selidik 2 melalui link berikut:

   Sekolah (Sila klik di sini)

6.   Maklum balas daripada Y. Bhg. Datin / tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

7.   Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Datin / tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Lesen antivirus Kaspersky 2011 KPM daripada TM


Lesen antivirus Kaspersky 2011 KPM daripada TM dalam tempoh interim kini boleh didapati dalam dropbox masing-masing dengan membuka email sekolah.
Caranya mudah.
  1. Buka email sekolah 1Selangor
  2. Klik link daripada support@btpnsel.edu.my
  3. Install dropbox dan tunggu fail/folder KAV di download secara automatik
KAV folder ada 2 iaitu untuk win98 dan winXP sila gunakan ikut kesesuaian PC sekolah.
Untuk memuat turun antivirus kasperky 2011 sila klik link di bawah
http://www.mediafire.com/?1736t8rlo5zt902 password sila periksa email 1Selangor
PERHATIAN : Jangan delete fail dalam folder KAV kerana sebarang perubahan akan melibatkan semua sekolah negeri Selangor

SBB Contact Centre

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia

Pertukaran no talian helpdesk TM terbaru

  1. Talian bantuan School Broadband 1800 22 7722 akan bermula pada 7 Mac 2011
  2. Talian 1060 akan ditamatkan dan sekolah boleh membuat aduan sehingga 15 Mac 2011 sahaja