SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Isnin, 4 April 2011

Mesyuarat Pengurusan PKG Bil 1/2011

Tarikh     :    30 Mac 2011
Tempat   :    Bilik Mesyuarat PKG Pelabuhan Klang
Masa      :    9 pg - 12.30 tgh hari

     Mesyuarat Pengurusan PKG Pelabuhan Klang  Bil 1/2011 ini telah dihadiri oleh Guru Besar, Pengetua dan wakil-wakil Guru Besar atau Pengetua sekolah ahli PKG Pelabuhan Klang yang merangkap Jawatankuasa PKG bagi penggal 2010.
     Mesyuarat kali ini boleh dikatakan amat istimewa bagi PKG Pelabuhan Klang di mana pada kali ini ia nya telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor iaitu Tn Haji Ahmad Dahlan B Kardi. Tidak ketinggalan mesyuarat kali ini juga dihadiri oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Klang iaitu Pn Hajjah Noraini Bt Md. Tahir dan juga Penolong Pegawai PPD Klang dari SektorPengurusan Akademik  iaitu Pn. Hajjah Siti Hajar Bt. Ayub.
     Antara agenda penting mesyuarat adalah Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1/2010, Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan PKG. Selain itu turut dibentangkan adalah Laporan Pencapaian SKT PKG Pelabuhan Klang 2010 dan Perancangan Aktiviti PKG bagi tahun 2011.
     Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya ialah Pembubaran dan Pelantikan Jawatankuasa baru bagi tahun 2011 dan keputusan mesyuarat sebulat suara memilih Pengetua SMK(P) Raja Zarina iaitu Pn. Rahani sebagai Pengerusi baru PKG bagi penggal 2011 bagi menggantikan Pengerusi terdahulu Pn Hajjah Rahmah yang ingin memberi laluan kepada muka baru menerajui pucuk pimpinan Pengurusan PKG Pelabuhan Klang bagi tahun 2011.
     Dengan segala perancangan dan perlantikan baru ini diharapkan terus memberi sumbangan demi memajukan PKG Pelabuhan Klang dalam memberi dan mewujudkan kerjasama erat sesama sekolah ahli dan juga PKG. Akhir kata terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam menjayakan Mesyuarat Pengurusan PKG Pelabuhan Klang 1/2011 kali ini...
Sekian...














Bengkel Pembestarian ICT PKG Pelabuhan Klang

Tarikh   :   28 & 29 Mac 2011
Tempat :   Bilik Menyuarat PKG Pelabuhan Klang
Jam       :   8.30 a.m.- 5.00 p.m.

Seramai 30 orang guru-guru ICT,Guru Penyelarasa Bestari dan juga wakil hadir.
Pengisian bengkel kali ini terarah kepada pengisian data yang melibatkan guru-guru ICT.
Antara data-data yang terlibat ialah seperti pungutan data SSQS, SPPICTS,SPPICTS dan lain lain..
Para guru diberi tugasan pada hari kedua untuk menyediakan brochure-brochure berkaitan pengisian data secara online ini. 










Bengkel Eduweb TV PKG Pelabuhan Klang

Pada 23 dan 24 Mac yang lalu bertempat di PKG Pelabuhan Klang dan juga Makmal ICT SK Pelabuhan Klang telah berlangsung sebuah Bengkel Eduweb TV yang dianjurkan oleh pihak PKG Pelabuhan Klang..
Seramai 30 orang guru atau wakil guru APD sekolah-sekolah ahli PKG terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
Pengisiannya adalah dengan menyampaikan taklimat secara menyeluruh tentang aplikasi Eduweb TV ini disekolah. Selain itu guru-guru juga turut diberi tunjuk ajar dan penerangan tentang cara-cara membuat video secara basicnya dengan menggunakan Windows Movie Maker.
Pada hari kedua, para guru diberi tugasan dalam bentuk kumpulan untuk pembentangan di sesi sebelah petang. Diharapkan semua guru yang hadir dan terlibat dapat menadaptasi segala bentuk kemahiran dan juga penerangan yang telah diberi apabila pulang ke sekolah masing-masing kelak...
Sekian......