SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Jumaat, 24 Februari 2012

Surat Makluman Program Nilam


Kepada semua sekolah negeri Selangor, berikut adalah surat makluman daripada JPN Selangor mengenai Perlaksanaan Pelancaran Program Nilam di sekolah masing-masing.
Antara intipatinya adalah JPN Selangor mengambil ketetapan seperti berikut :
  1. Pihak sekolah wajib melaksanakan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah
  2. Majlis ini wajib dilaksanakan sebelum bulan April
  3. Boleh menjemput wakil daripada JPN Selangor, PPD, BTPN Selangor atau PKG. Malah tokoh tempatan, PDRM, wakil PIBG atau pihak kerajaan seperti PDRM di alu-alukan
Kami harap makluman ini dapat menjelaskan kepentingan dan memupuk amalan membaca dikalangan warga sekolah.
Download surat di bawah

Menara Pemancar Wireless 4G YES


Kami banyak menerima pertanyaan mengenai pemasangan menara pemancar YES 4G untuk bagi sekolah yang tidak mempunyai capaian signal yang kurang memuaskan.
Kami mohon kepada sekolah yang terlibat (kami difahamkan oleh pihak PMO bahawa terdapat 3000 buah sekolah yang akan dan telah dipasang menara pemancar tersebut) untuk mengemukakan pertanyaan rasmi secara bertulis (scan dan emailkan) mengenai pertanyaan mengenai kos elektrik dan sebagainya kepada PMO dan JPN Selangor
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada hishams.pmo@gmail.com danedwin.syaiful@ytlcomms.my

Selasa, 21 Februari 2012

Masalah Dual Monitor MBMMBI


Masalah Dual Monitor MBMMBI

Adakah sekolah menghadapi masalah dalam menggunakan dual monitor secara extended ? Berikut adalah cara penyelesaian daripada syarikat setelah pihak sekolah melaporkan ke BTP.
Sila baca maklum-balas daripada pihak syarikat :
Salam,
Untuk makluman pihak sekolah dan BTP, melalui perbualan dengan guru ICT di SK Kuala Selangor, pihak kami telah menerangkan bagaimana untuk operasi menggunakan kedua-dua monitor. Sila rujuk di lampiran untuk maklumat lanjut.
Secara teknikal PCI-e VGA card (ATI HD4350 1024M DDR2 PCI-e) yang dibekalkan ke sekolah-sekolah MBMMBI Zon 2 adalah merupakan antara spesifikasi yang terendah bagi penggunaan “dual monitor” pada masa ini. Keperluan system yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. 300-Watt power supply greater is recommended to ensure normal system operation where a number of other internal devices are installed
  2. Intel Pentium 4 / AMD and above
  3. Windows XP and above
  4. 128MB of system memory
Bagi PC berjenama Dell Optiplex 360, PCI yang dibekalkan tiada masalah untuk menggunakan “dual monitor” berjalan serentak. Akan tetapi, connector VGA projector mestilah disambungkan selepas kedua-dua monitor tersebut berfungsi. Rujuk di lampiran bagi penggunaan 2 monitor. Sekolah yang menggunakan PC Lenovo / Acer / HP, antara isu yang berlaku berkenaan dengan penggunaan 2 monitor secara serentak apabila CPU dibuka adalah disebabkan :
  1. Power supply yang sedia ada hanya menggunakan 220/240W – 250W
  2. Motherboard yang tidak mempunyai slot PCI-e (dimana AGP card sudah tidak lagi dikeluarkan)
Isu berikut telahpun kami bentangkan semasa mesyuarat / perbincangan dengan pihak BTP induk di Bukit Kiara pada 27 December 2011. Cara untuk menyelesaikan isu berkenaan adalah dengan:
  1. Menukarkan ke power supply yang lebih tinggi penggunaan Watts (300Watts)
  2. Menukarkan motherboard yang manggunakan PCI-e slot
  3. Penggantian PC yang baru dan mempunyai dual display onboard (VGA dan DVI)
Sekian, untuk makluman.
Mohd Faizul Yet
Head of Operation and IT Services.
Naluri Pintar Sdn Bhd (723605-P)
ISO 9001:2008 certfified
No 1-20, Jalan PJU 8/3,
Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7710 0334 ext 110
H/P : 019-217 7114
helpdesk@naluripintar.com
Tatacara atau manual operasi tuan/puan boleh rujuk dibawah :
Manual ini hanya untuk yang dipasang dimakmal komputer sahaja

Jumaat, 17 Februari 2012

iQ-PSS 2012




















Penarafan Pusat Sumber 2012 telah dibuka mulai 1-Feb-2012. GPM  PKG Pelabuhan Klang sila ambil tindakan.

Sila klik :
http://iqpss.tarantula.my/

Khamis, 16 Februari 2012

Perlaksanaan 1Bestari.net : Surat Kebenaran Memasuki Premis Sekolah


Perlaksanaan 1Bestari.net : Surat Kebenaran Memasuki Premis Sekolah

Berikut adalah surat kebenaran memasuki premis sekolah untuk Syarikat YTL untuk melaksanakan projek 1Bestari.net.
Untuk pengetahuan pemasangan dan infrastruktur adalah dibawah JPN Selangor. Kami di BTPN Selangor hanya terlibat dengan projek pembudayaan dan penggunaan 1Bestari.net. Walaubagaimanapun kami sedia mendengar permasalahan tuan/puan memandangkan kami juga terlibat dengan menyuarat bersama BTP dan YTL.
Isu berbangkit :
  1. Sekolah yang sudah dipasang YTL sila buat pemotongan talian ISP yang lain kerana pihak KPM tidak membenarkan pembayaran bil ISP kepada 2 pembekal dalam serentak. Cara menamatkan sila dapatkan borang di Pejabat TM Point berhampiran dan salinan ke PPD anda.
  2. Penggunaan 1Bestari.net secara optimum : Sila gunakan perkhidmatan 1Bestari.net ke tahap maksimum kerana pihak PMO 1Bestari.net sedang merangka dan memantau patern penggunaan supaya dapat dibuat unjuran cthnya SK Seri Jerlok mencecah 11207MB (11 Gigabyte data) dan SMK Jalan Bukit 5422MB (54 Gigabyte data) ini adalah bagus sekiranya untuk kegunaan P&P. (boleh kami hantar wakil melawat pembestarian sekolah tersebut ? ini sepatutnya SSQS 5 Bintang)
Surat kebenaran memasuki sekolah adalah seperti berikut :

Isnin, 13 Februari 2012

Kursus Untuk FT17 dan JU BTPN Selangor 2012


Kursus Untuk FT17 dan JU BTPN Selangor 2012

Kami di BTPN Selangor dan JPN Selangor sedang merancang kursus untuk FT Sekolah. Berdasarkan maklum-balas kompentensi FT sebelum ini semua seolah-olah mencapai tahap memuaskan.
Tapi kami tetap mahukan jawapan daripada anda tentang kursus yang anda perlukan melalui undian dibawah ini. Sila jawab soalan undian, dan jawapan yang tertinggi kami akan ambil sebagai persetujuan daripada anda semua. Komen juga boleh diberikan dalam sistem komen di bawah.
Kursus FT Negeri Selangor

Kursus Untuk JU ICT BTPN Selangor kami juga memohon kepada yang akan terlibat menyatakan kursus yang di rasakan sesuai untuk kami laksanakan.
Bengkel atau Kursus Untuk JU ICT BTPN Selangor