Usaha Untuk Menjayakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Sesi pertama bermula Januari 2011, Tahun Satu.
i. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah program baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English language yang diperolehi adalah untuk kegunaan murid-murid bagi program ini.
ii. Kurikulum baru bagi mata-pelajaran Bahasa Malaysia dan English language akan diperkenalkan mulai sesi 2011 di semua sekolah rendah. Bahan digital yang diperolehi adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum terkini.
iii. Kurikulum baru Bahasa Malaysia didapati akan memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.
· Ia perlu mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah.
· Ia juga akan menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.
iv. Kurikulum baru English language didapati akan memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics. Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.
· Ia akan memberikan pendedahan phonics kepada pelajar.
· Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.
PKG Pelabuhan Klang akan mengedarkan bahan digital MBMMBI dua hari selepas penerimaan semua bahan tersebut di PKG. Seorang guru BM dan seorang guru BI yang mengajar tahun satu akan diberi taklimat dan membuat bengkel pengunaan bahan tersebut di PKG Pelabuhan Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan