SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Selasa, 21 Februari 2012

Masalah Dual Monitor MBMMBI


Masalah Dual Monitor MBMMBI

Adakah sekolah menghadapi masalah dalam menggunakan dual monitor secara extended ? Berikut adalah cara penyelesaian daripada syarikat setelah pihak sekolah melaporkan ke BTP.
Sila baca maklum-balas daripada pihak syarikat :
Salam,
Untuk makluman pihak sekolah dan BTP, melalui perbualan dengan guru ICT di SK Kuala Selangor, pihak kami telah menerangkan bagaimana untuk operasi menggunakan kedua-dua monitor. Sila rujuk di lampiran untuk maklumat lanjut.
Secara teknikal PCI-e VGA card (ATI HD4350 1024M DDR2 PCI-e) yang dibekalkan ke sekolah-sekolah MBMMBI Zon 2 adalah merupakan antara spesifikasi yang terendah bagi penggunaan “dual monitor” pada masa ini. Keperluan system yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. 300-Watt power supply greater is recommended to ensure normal system operation where a number of other internal devices are installed
  2. Intel Pentium 4 / AMD and above
  3. Windows XP and above
  4. 128MB of system memory
Bagi PC berjenama Dell Optiplex 360, PCI yang dibekalkan tiada masalah untuk menggunakan “dual monitor” berjalan serentak. Akan tetapi, connector VGA projector mestilah disambungkan selepas kedua-dua monitor tersebut berfungsi. Rujuk di lampiran bagi penggunaan 2 monitor. Sekolah yang menggunakan PC Lenovo / Acer / HP, antara isu yang berlaku berkenaan dengan penggunaan 2 monitor secara serentak apabila CPU dibuka adalah disebabkan :
  1. Power supply yang sedia ada hanya menggunakan 220/240W – 250W
  2. Motherboard yang tidak mempunyai slot PCI-e (dimana AGP card sudah tidak lagi dikeluarkan)
Isu berikut telahpun kami bentangkan semasa mesyuarat / perbincangan dengan pihak BTP induk di Bukit Kiara pada 27 December 2011. Cara untuk menyelesaikan isu berkenaan adalah dengan:
  1. Menukarkan ke power supply yang lebih tinggi penggunaan Watts (300Watts)
  2. Menukarkan motherboard yang manggunakan PCI-e slot
  3. Penggantian PC yang baru dan mempunyai dual display onboard (VGA dan DVI)
Sekian, untuk makluman.
Mohd Faizul Yet
Head of Operation and IT Services.
Naluri Pintar Sdn Bhd (723605-P)
ISO 9001:2008 certfified
No 1-20, Jalan PJU 8/3,
Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7710 0334 ext 110
H/P : 019-217 7114
helpdesk@naluripintar.com
Tatacara atau manual operasi tuan/puan boleh rujuk dibawah :
Manual ini hanya untuk yang dipasang dimakmal komputer sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan