SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Isnin, 3 Januari 2011

Makluman Pembinaan Akaun Facebook PKG Pelabuhan Klang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Tahun Baru 2011 kepada warga-warga dan  pengunjung-pengunjung laman blog PKG Pelabuhan Klang ini...

Untuk tahun 2011, demi memastikan sumber maklumat dan capaian terus segala maklumat terkini atau semasa sampai terus ke sekolah-sekolah ahli PKG ini, dengan rasa suka citanya kami akan menyediakan medium untuk semua guru termasuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru PSS, guru-guru ICT, guru-guru NILAM dan tidak lupa juga kepada Juruteknik-juruteknik Komputer (FT17) sekolah untuk berkongsi idea dan maklumat di sini demi mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara pihak sekolah dan juga PKG.

Medium Facebook ini juga dipilih oleh pihak PKG memandangkan sambutan dan juga telah menjadi fenomena setiap orang termasuk warga pendidik dan juga semua yang terlibat menggunakan medium ini sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikan Facebook di setiap organisasinya.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari link ini untuk ke laman akaun facebook PKG :
http://www.facebook.com/pages/PKG-Pelabuhan-Klang/129541860441647

Kami akan sentiasa update segala maklumat terkini berkaitan PKG
Buat masa sekarang akaun masih dalam pembinaan..
HARAP MAKLUM...

"TEKNOLOGI TERAS PENDIDIKAN BESTARI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan