Sekali lagi kami mengingatkan tuan/puan jangan melanggan mana-mana ISP buat masa sekarang atas beberapa faktor. Antaranya :
- Schoolnet 2.0 (Fiber to school) akan berjalan melibatkan 4000 buah sekolah - Lembang Klang, Melaka dan Negeri Sembilan akan terlibat (ada sekolah bertindih ISP Schoolnet dan ISP luar)
- Duit waran RM 600 untuk ISP luar belum diturunkan ke Jabatan lagi
- Surat pemberitahuan hanyalah prosedur dan syarat penamatan kontrak lama untuk kontrak baru.
Antara masalah yang akan timbul adalah jika sekolah melanggan ISP luar dan pada masa yang sama sekolah tersebut termasuk dalam projek Schoolnet 2.0 nanti kami tak pasti sekolah akan dedenda/terpaksa membayar kos penamatan perkhidmatan sebelum 24 bulan (kontrak minima ISP adalah 24 bulan).
Buat masa sekarang sekolah dinasihatkan bersabar dan gunakan Schoolnet yang sedia ada sehingga dimaklumkan kelak perkembangan terkini mengenai Internet sekolah terbaru.
--
Muhammad Hanif Harun
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan