SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 26 Januari 2012

Majlis Jasamu Dikenang

    Pada 18 Januari 2012 yang lalu, pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan sebuah majlis bagi menghargai Mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pelabuhan Klang iaitu En. Roslan B Shaarip dalam "Majlis Jasamu Dikenang En. Roslan B Shaarip".
    Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai yang dirai, Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Penolong Pegawai PPD Klang, Pegawai-pegawai dari BTPN Selangor dan juga para pegawai dari PKG Daerah Klang sendiri.
Untuk makluman En Roslan B Shaarip telah mendapat kenaikan pangkat ke SK TUDM Subang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sana.
    Sememangnya jasa-jasa beliau ketika berkhidmat di PKG Pelabuhan Klang amat besar maknanya bagi kami di PKG Pelabuhan Klang dan juga sekolah-sekolah ahli PKG sendiri. Beliau merupakan seorang yang amat komited dengan tugas dan juga kreatif dalam melakukan sesuatu perkara yang dirancangkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau... 

"BUDIMU DIKENANG..BAKTIMU DISANJUNG"








Tiada ulasan:

Catat Ulasan