Pada 20 Jan 2012 satu taklimat mengenai perlaksanaan 1Bestari.net telah di adakan di JPN Selangor oleh pihak YTL YES 4G kepada JPN Selangor, PPD, BTPN Selangor dan beberapa wakil sekolah.
Antara isi penting adalah seperti berikut :
- Sekolah hanya boleh melanggan 1 ISP sahaja (samaada YES atau ISP lain)
- Notis penamatan hendaklah sekolah uruskan dalam masa 1 hingga 30 hari dan satu salinan hendaklah dimaklumkan ke PPD
- 300 buah sekolah akan dipasang dan akan dimaklumkan melalui email
- Urusan Infrastruktur dan Kemudahan di bawah tanggung-jawab JPN Selangor
- BTPN dan PKG bertanggung-jawab kepada VLE (Virtual Learning Environment)
- Sekolah bertanggung-jawab kepada penggunaan kemudahan dan penggunaan VLE
- Pembayaran YES 4G apa yang digunakan di sekolah (pay per used)
- Modem Zoom dan USB Dongle adalah hak milik syarikat
Maklumat dan bantuan mengenai 1Bestari.net sila hubungi seperti berikut
Support 1Bestari.net
- Telefon : 018-799787 (Technical Issue) dan 018-7998771 (Schedule Enquiry)
- Email : moesupport@ytlcomms.my