SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Sabtu, 4 Disember 2010

Status Peralatan Kaypi yang Berada di Sekolah


Berikut adalah memo daripada BTP mengenai status peralatan Kaypi yang telah berada di sekolah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada
Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor
Ketua Penolong Pengarah BTPN WP Kuala Lumpur
Pegawai ICT BTPN Selangor
Pegawai ICT WP Kuala Lumpur
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikut disertakan memo dalaman dan surat mengenai cadangan daripada syarikat KAYPI supaya peralatan baru yang telah dihantar ditukar statusnya kepada unit pinjaman (loaner unit) sehingga pihak syarikat menyelesaikan penyenggaraan terhadap peralatan asal yang dilaporkan rosak.
3. Dipohon pihak tuan untuk mengambil maklum dan tindakan terhadap perkara tersebut supaya pihak syarikat dapat melaksanakan proses penyenggaraan mengikut spesifikasi dan prosedur seperti yang telah ditetapkan.
4. Untuk sebarang urusan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Ahmad bin Hj. Taba (ahmad_taba@moe.edu.my) ditalian 03-20987873 / 019- 2355998 atau Cik Mabel Dominic Madai (mabel@moe.edu.my) ditalian 03-20986113.
Perhatian dan kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
AHMAD BIN TABA
Penolong Pengarah
Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi Pendidikan (TMKP)
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2098 7873
Faks : 03-2098 6242
Emel : ahmad_taba@moe.edu.my
 Download memo di bawah
  Memo BTP mengenai Kaypi (1.2 MiB, 19 hits)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan