Pada tanggal 5 April yang lalu, PKG Pelabuhan Klang dengan kerjasama GPM sekolah-sekolah ahli PKG Pelabuhan Klang telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras untuk melihat sendiri bagaimana pihak sekolah terbabit melaksanakan dan menaikkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sehingga telah terpilih mewakili negeri Selangor ke pada pertandingan PSS Cemerlang 2012 seluruh Malaysia.

Jumaat, 1 Jun 2012
Selasa, 20 Mac 2012
Kursus Adobe Photoshop CS3 2012
Pada 15 Mac yang lalu Jawatankuasa Juruteknik Komputer Klang telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop CS3 2012 bertempat di makmal komputer SK Pelabuhan Klang. Seramai hampir 30 peserta yang terdiri daripada juruteknik-juruteknik komputer sekolah dan PKG sekitar Klang telah menghadiri kursus ini. Kursus ini secara menekankan secara asasnya teknik-teknik dan juga cara penggunaan Adobe Photoshop dalam meng'edit' gambar.

Selasa, 6 Mac 2012
Penangguhan Perisian Kandungan Bahasa Malaysia bagi Program MBMMBI Makmal Bahasa
Salam/Salam Sejahtera,
Per: Penangguhan Perisian Kandungan Bahasa Malaysia bagi Program MBMMBI Makmal Bahasa
Sukacita merujuk perkara di atas.
2. Tuan/Puan dipohon untuk memastikan menangguhkan penggunaan Perisian Kandungan Bahasa Malaysia bagi Program Makmal Bahasa Dasar MBMMBI sehingga 15 April 2012.
3. Bersama-sama ini dilampirkan surat Penangguhan Penggunaan Perisian Kandungan Bahasa Malaysia bagi Program Makmal Bahasa Dasar MBMMBI yang telah dipasang di 1548 sekolah seluruh negara oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
4. Untuk pengetahuan tuan/puan, Surat yang telah ditandatangani oleh Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pelajaran Malaysia telah difaksimile pada 02 Mac 2012 oleh BTP.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
RUSITA BINTI SAHARI
Penolong Pengarah
b.p. Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Tel: 03-55484477

Jumaat, 24 Februari 2012
Surat Makluman Program Nilam
Kepada semua sekolah negeri Selangor, berikut adalah surat makluman daripada JPN Selangor mengenai Perlaksanaan Pelancaran Program Nilam di sekolah masing-masing.
Antara intipatinya adalah JPN Selangor mengambil ketetapan seperti berikut :
- Pihak sekolah wajib melaksanakan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah
- Majlis ini wajib dilaksanakan sebelum bulan April
- Boleh menjemput wakil daripada JPN Selangor, PPD, BTPN Selangor atau PKG. Malah tokoh tempatan, PDRM, wakil PIBG atau pihak kerajaan seperti PDRM di alu-alukan
Kami harap makluman ini dapat menjelaskan kepentingan dan memupuk amalan membaca dikalangan warga sekolah.
Download surat di bawah
Surat Pelancaran Program Nilam JPN Selangor (335.6 KiB, 38 hits)Menara Pemancar Wireless 4G YES
Kami banyak menerima pertanyaan mengenai pemasangan menara pemancar YES 4G untuk bagi sekolah yang tidak mempunyai capaian signal yang kurang memuaskan.
Kami mohon kepada sekolah yang terlibat (kami difahamkan oleh pihak PMO bahawa terdapat 3000 buah sekolah yang akan dan telah dipasang menara pemancar tersebut) untuk mengemukakan pertanyaan rasmi secara bertulis (scan dan emailkan) mengenai pertanyaan mengenai kos elektrik dan sebagainya kepada PMO dan JPN Selangor
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada hishams.pmo@gmail.com danedwin.syaiful@ytlcomms.my
Langgan:
Catatan (Atom)