Akhirnya penantian kakitangan awam terhadap SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) telah berakhir. Melalui tinjauan awal kami laman portal SBPA telah diaktifkan menu-menu untuk di muat turun borang-borang yang berkaitan.
Pada asasnya ianya terbahagi kepada tiga kategori umum. Iaitu Umum, Warga Pendidik dan Penguatkuasa (PDRM). Untuk tujuan tersebut anda bolehlah melayari laman web SBPA di http://www.jpa.gov.my/ atau agensi masing-masing di portal Kementerian terlibat.
Trafik mungkin terlalu tinggi buat masa sekarang dan untuk hebahan awal tuan/puan boleh merujuk pekeliling SBPA di bawah melalui kemudahan scribd (harapan kami ia dapat bertahan)