SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Isnin, 22 Ogos 2011

Bengkel Pengendalian dan Suntingan Video

Tarikh : 18 hingga 19 Ogos 2011
Tempat : PKG Pelabuhan Klang
Masa : 8.30am hingga 5.30pm

Aktiviti:
1. Pengenalan kepada kamera video
2. Pengendalian kamera video
3. Teknik merakam.
4. Suntingan video (vegas).
5. Menghasilkan klip video.












Setiap peserta telah dapat menghasilkan klip video masing-masing dengan baik.

Jumaat, 12 Ogos 2011

1 BestariNet

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011. Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps)
                                                                     dengan nisbah kontensi 1:10.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bengkel Pengendalian dan Suntingan Video

Tarikh : 18 hingga 19 Ogos 2011
Tempat : PKG Pelabuhan Klang
Masa : 8.30 am - 4.00 pm
Peserta : Warga KPM
Hanya 10 orang peserta terawal yang mendaftar sahaja.
Kos: Percuma
Untuk mendaftar hubungi:
                                                                   Mohd Mohsan / Roslan : 03-31684299

Rabu, 10 Ogos 2011

Iklan Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Secara Time-Based (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 Di KPM


 Iklan Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Secara Time-Based (KUP) 
Bagi Perakuan Calon Cicir tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 
2009, 2010, dan 2011 Di KPMiklan tersebut boleh dimuatturun 
di sini Tarikh Tutup : 15 September 2011 (5 petang)


       Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Sistem Bekalan Bahan Bacaan Tambahan (SBBBT) Tahun 2011

SSQS Dah OK !


Berikutan masalah yang sekolah hadapi mengenai akses SSQS yang bermasalah kini ianya telah berjaya diselesaikan oleh BTP melalui permakluman email kepada kami.
Sekolah boleh cuba mengakses semula dan jika masalah tuan/puan berulang kembali sila maklumkan kepada best@moe.edu.my
Assalammualaikum
Tuan,
Adalah saya diarah merujuk kepada perkara berkaitan di atas.
Untuk makluman tuan, portal SSQS kini SUDAH BOLEH diakses kembali diatas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh pasukan teknikal SSQS di Sektor Repositori dan Rangkaian.
Sehubungan itu, kami mewakili pihak Ibu Pejabat memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kerjasama dari pihak tuan sepanjang masalah ini berlaku amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Mahmud Pa’aid Bin Yusoff
Penolong Pengarah
Sektor Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
03-2098 7012

Bonus Raya Kakitangan Awam


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya
Sumber : Berita Harian

Isnin, 1 Ogos 2011

Bengkel 'Key-In' Data SSQS Sekolah-Sekolah PKG Pelabuhan Klang

Pada 27 Julai 2011 yang lalu, pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan satu bengkel berkaitan memasukkan data SSQS untuk guru-guru ICT sekolah  ahli PKG.



















Seramai 30 orang guru ICT setiap sekolah telah menghadiri bengkel ini yang merupakan sebagai satu taklimat dan juga penerangan yang lebih terperinci kepada para guru sebelum menghadapi pengisian data tersebut.