SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Selasa, 25 Jun 2013

Kursus 35 Jam Guru Perpustakaan Media Daerah Klang












    Pada 17 - 21 Jun 2013 yang lalu telah berlangsung Kursus 35 Jam GPM Daerah Klang di BTPN Selangor yang melibatkan lebih 40 orang jumlah peserta. Kursus kelolaan PKG Daerah Klang ini turut diperkuatkan lagi dengan barisan Jurulatih Utama(JU) GPM sekitar daerah Klang.
    Untuk makluman Kursus 35 Jam untuk GPM seperti ini telah lama tidak dan diadakan dan para peserta terlibat amat beruntung kerana telah terpilih untuk mengikuti program ini dan sekaligus dapat menimba ilmu tentang selok belong pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan rangkaian-rangkaiannya dari JU yang amat berpengalaman dalam bidang ini.
    Semoga para peserta kursus dapat menggunakan dan mengadaptasi ilmu yang mereka perolehi ketika kursus ini.
     Berikut adalah gambar2 sekitar kursus berlangsung. Untuk gambar2 penuh boleh ke link facebook PKG Pelabuhan Klang ini :
 https://www.facebook.com/media/set/?set=a.619221211431008.1073741827.100000294058961&type=3





Isnin, 4 Februari 2013

Aduan Kerosakan Peralatan ICT atas Talian (STS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Untuk tahun 2013, kami di pihak PKG Pelabuhan Klang dan BTP akan terus menerima aduan kerosakan peralatan ICT untuk penyelenggaraan bagi tahun 2013 ini. Pihak sekolah boleh membuat Aduan kerosakan secara atas talian pada link website yang telah diberikan di bawah ini :

     http://sts.moe.edu.my/



Jumaat, 23 November 2012

Selamat Bercuti Akhir Tahun 2012....


Kami di PKG Pelabuhan Klang mengucapkan selamat bercuti bagi penggal akhir persekolahan 2012. Semoga cuti kalian semua dipenuhi dengan semanfaatnya. Sentiasa berhati-hati dalam bercuti dan kepada yang ingin pergi berjalan-jalan bawa keluarga melancong atau pulang ke kampung, Pandu Cermat Jiwa Selamat kami ucapkan....... Jadikan cuti kalian penuh bermakna di sisi kehadiran insan-insan tersayang...

Rabu, 19 September 2012

MAKLUMAN AWAL : KURSUS VLE FROGASIA DAERAH KLANG, PETALING PERDANA



KURSUS VLE FROGASIA DAERAH KLANG, PETALING PERDANA DI
HOTEL MANDARIN COURT , KUALA LUMPUR
(21 - 22 SEPTEMBER 2012)


Makluman awal untuk sekolah yang terlibat - 

SENARAI SEMAK SEBELUM LATIHAN VLE BERMULA

1. Sekolah wajib buka email 1BestariNet (xxxxxx@1bestarinet.yes.my) di akaun google.
2. E-mail 1BestariNet telah diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing ke sekolah.
3. Sila download VLE
 Confirmation.( Sekiranya tiada VLE Confirmation, sekolah belum tersenai dalam latihan VLE)
4. Buka fail excel tersebut dgn IC Pengetua/Guru Besar
5. Sila bawa fail excel tersebut ketika latihan.
6. Sila pastikan guru yg akan hadir kursus VLE telah mencuba dan membuka fail yang telah di ”download” tadi  


    sebelum latihan bermula.
7. Bawa fail VLE excel tersebut dihari kursus VLE.

**sarapan pagi tidak disediakan, mohon peserta makan terlebih dahulu sebelum program bermula.

Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433 Hijrah

Kami warga PKG Pelabuhan Klang ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap kami sepanjang memberi perkhidmatan kami di sini...