KANDUNGAN :

Jumaat, 11 Februari 2011

Khidmat Bantu ICT ke SK Kampung Pendamar

Baru-baru ini PKG Pelabuhan Klang telah mengadakan Khidmat Bantu ke sebuah sekolah ahli iaitu SK Kampung Pendamar pada 24 Jan hingga 25 Jan 2011. Ia berikutan pihak sekolah telah memanggil pihak PKG Pelabuhan Klang untuk membuat pemeriksaan dan juga penyelenggaraan pada unit pada laptop PPSMI sekolah tersebut. Pihak PKG bersama-sama "Team FT Sekolah-PKG Pelabuhan Klang" telah sama terlibat dalam menjayakan program ini. Diucapkan seribu penghargaan kepada En. Mohd Fazli Izwan (FT SMK Bdr Baru Sultan Suleiman), En. Azwan Wahab (FT SK Pelabuhan Klang) dan juga Cik Latifah Noerfajar (SMK Raja Zarina) yang telah memberi komitmen yang padu bersama PKG. Semoga Tahun 2011 ini kita lebih cemerlang bersama-sama.





2 ulasan:

  1. Terima kasih yang tak terhingga kepada para FT yg hadir....Jutaan terima kasih juga buat pihak PKG Pelabuhan Klang yang sangat perihatin dan peka dengan masalah2 kami....

    BalasPadam
  2. PKG Pelabuhan sentiasa memberi bantuan kepada sekolah ahli bagi mencapai matlamat PKG meningkatkan penggunaan ICT di sekolah ahli.

    BalasPadam