SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 30 Disember 2010

lesen Kaspersky yang tamat tempoh

Assalamulaikum wbrth dan Salam Sejahtera,

Berkenaan lesen Kaspersky yang tamat tempoh anda boleh menggunakan tools ini untuk membuang Kaspersky yang telah tamat tempoh. http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208279463

Untuk antivirus lain sebagai ganti anda boleh menggunakan Microsoft Security Essential http://www.microsoft.com/security_essentials/

Mohd Mohsan
Pegawai Teknologi Pendidikan

Khamis, 16 Disember 2010

Dasar MBMMBI KPM


Secara dasar MBMMBI adalah berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan P&P
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam P&P
  4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan P&P
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url http://www.moe.gov.my/mbmmbi
Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.

Rabu, 8 Disember 2010

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRIAH..


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat Menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru 1432 Hijriah daripada kami warga PKG Pelabuhan Klang

Isnin, 6 Disember 2010

Mohon Makmal Komputer Baru


BTPN Selangor telah bermesyuarat bersama Timbalan Pengarah JPN Selangor mengenai beberapa perkara termasuk menyentuh mengenai makmal komputer sekolah yang masih belum dibina di sekolah tuan/puan walaupun sekolah tersebut telah lama wujud.
Mohon sekolah yang belum mendapat Makmal Komputer (sekolah lama / sekolah baru) memohon secara bertulis kepada Pengarah sendiri dan cc satu salinan kepada BTPN Selangor melalui email (support@btpnsel.edu.my)
Mohon dalam surat nyatakan perkara berikut :
  1. Tahun sekolah ditubuhkan,
  2. Justifikasi perlunya makmal (mata pelajaran, projek khas dan keperluan lain) dan
  3. Enrollment sekolah.
Segala surat tuan puan diberi jaminan oleh Unit ICT dan Pembangunan Jabatan akan dijawab dalam masa 1 minggu oleh En Abdullah daripada Unit ICT Jabatan serta Unit Pembangunan.
Ini adalah berikutan masih ada sekolah sejak 10 tahun lepas yang masih belum mempunyai makmal komputer yang mana kami di BTPN Selangor melihat perkara ini serius kerana menyekat matlamat membestarikan pendidikan secara amnya seperti pelaksanaan MBMMBI pada tahun hadapan.

Sabtu, 4 Disember 2010

Pemberitahuan mengenai kegiatan penipuan


Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bila-bila masa tidak pernah memilih,  melantik dan memperakusahkan mana-mana individu  atau kumpulan orang daripada mana-mana syarikat  atau perbadanan untuk mewakili sebagai agen bagi memasang, mengedar, mempromosi dan mengesahkan apa-apa jenis produk ICT daripada apa-apa jenis dan jenama hasil keluaran daripada mana-mana pengeluar sama ada tempatan atau pun luar negara.