SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Isnin, 4 Februari 2013

Aduan Kerosakan Peralatan ICT atas Talian (STS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Untuk tahun 2013, kami di pihak PKG Pelabuhan Klang dan BTP akan terus menerima aduan kerosakan peralatan ICT untuk penyelenggaraan bagi tahun 2013 ini. Pihak sekolah boleh membuat Aduan kerosakan secara atas talian pada link website yang telah diberikan di bawah ini :

     http://sts.moe.edu.my/



Jumaat, 23 November 2012

Selamat Bercuti Akhir Tahun 2012....


Kami di PKG Pelabuhan Klang mengucapkan selamat bercuti bagi penggal akhir persekolahan 2012. Semoga cuti kalian semua dipenuhi dengan semanfaatnya. Sentiasa berhati-hati dalam bercuti dan kepada yang ingin pergi berjalan-jalan bawa keluarga melancong atau pulang ke kampung, Pandu Cermat Jiwa Selamat kami ucapkan....... Jadikan cuti kalian penuh bermakna di sisi kehadiran insan-insan tersayang...

Rabu, 19 September 2012

MAKLUMAN AWAL : KURSUS VLE FROGASIA DAERAH KLANG, PETALING PERDANA



KURSUS VLE FROGASIA DAERAH KLANG, PETALING PERDANA DI
HOTEL MANDARIN COURT , KUALA LUMPUR
(21 - 22 SEPTEMBER 2012)


Makluman awal untuk sekolah yang terlibat - 

SENARAI SEMAK SEBELUM LATIHAN VLE BERMULA

1. Sekolah wajib buka email 1BestariNet (xxxxxx@1bestarinet.yes.my) di akaun google.
2. E-mail 1BestariNet telah diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing ke sekolah.
3. Sila download VLE
 Confirmation.( Sekiranya tiada VLE Confirmation, sekolah belum tersenai dalam latihan VLE)
4. Buka fail excel tersebut dgn IC Pengetua/Guru Besar
5. Sila bawa fail excel tersebut ketika latihan.
6. Sila pastikan guru yg akan hadir kursus VLE telah mencuba dan membuka fail yang telah di ”download” tadi  


    sebelum latihan bermula.
7. Bawa fail VLE excel tersebut dihari kursus VLE.

**sarapan pagi tidak disediakan, mohon peserta makan terlebih dahulu sebelum program bermula.

Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433 Hijrah

Kami warga PKG Pelabuhan Klang ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap kami sepanjang memberi perkhidmatan kami di sini...

Jumaat, 13 Julai 2012

Program Outreach “Sharing is Caring” di SMK Pulau Ketam


Pada 3hb Julai 2012 pihak BTPN Selangor bersama PKG Pelabuhan Klang telah pergi berlayar ke Pulau Ketam untuk menjayakan Program Outreach “Sharing is Caring” dengan SMK Pulau Ketam dan sekolah sekitarnya.
Fokus utama program ini adalah untuk melihat sejauh mana pembudayaan ICT boleh dilaksanakan dikawasan luar bandar.
Walaupun SMK Pulau Ketam jauh ditengah laut kemudahan dan kesungguhan warga sekolah amat tinggi disokong pula dengan kemudahan jalur lebar daripada projek 1Bestari.net banyak membantu pembudayaan ICT dikalangan guru.
Program ini telah dirasmikan oleh KPP BTPN Selangor iaitu Tuan Hj Mohd Nor bin Hj Abu. Terima kasih kepada PKG Daerah Klang, Warga SMK Pulau Ketam selaku tuan rumah dalam menjayakan program yang dianjurkan.