SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Jumaat, 27 Januari 2012

Taklimat 1Bestari.net di JPN Selangor


Pada 20 Jan 2012 satu taklimat mengenai perlaksanaan 1Bestari.net telah di adakan di JPN Selangor oleh pihak YTL YES 4G kepada JPN Selangor, PPD, BTPN Selangor dan beberapa wakil sekolah.

Antara isi penting adalah seperti berikut :
  1. Sekolah hanya boleh melanggan 1 ISP sahaja (samaada YES atau ISP lain)
  2. Notis penamatan hendaklah sekolah uruskan dalam masa 1 hingga 30 hari dan satu salinan hendaklah dimaklumkan ke PPD
  3. 300 buah sekolah akan dipasang dan akan dimaklumkan melalui email
  4. Urusan Infrastruktur dan Kemudahan di bawah tanggung-jawab JPN Selangor
  5. BTPN dan PKG bertanggung-jawab kepada VLE (Virtual Learning Environment)
  6. Sekolah bertanggung-jawab kepada penggunaan kemudahan dan penggunaan VLE
  7. Pembayaran YES 4G apa yang digunakan di sekolah (pay per used)
  8. Modem Zoom dan USB Dongle adalah hak milik syarikat

Taklimat bersam YES dan PMO Projek 1Bestari.net

Tanggung-jawab pihak berkenaan .. BTPN dan PKG hanya membantu dalam skop VLE
Maklumat dan bantuan mengenai 1Bestari.net sila hubungi seperti berikut

Support 1Bestari.net

  1. Telefon : 018-799787 (Technical Issue) dan 018-7998771 (Schedule Enquiry)
  2. Email : moesupport@ytlcomms.my

Khamis, 26 Januari 2012

Majlis Jasamu Dikenang

    Pada 18 Januari 2012 yang lalu, pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan sebuah majlis bagi menghargai Mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pelabuhan Klang iaitu En. Roslan B Shaarip dalam "Majlis Jasamu Dikenang En. Roslan B Shaarip".
    Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai yang dirai, Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Penolong Pegawai PPD Klang, Pegawai-pegawai dari BTPN Selangor dan juga para pegawai dari PKG Daerah Klang sendiri.
Untuk makluman En Roslan B Shaarip telah mendapat kenaikan pangkat ke SK TUDM Subang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sana.
    Sememangnya jasa-jasa beliau ketika berkhidmat di PKG Pelabuhan Klang amat besar maknanya bagi kami di PKG Pelabuhan Klang dan juga sekolah-sekolah ahli PKG sendiri. Beliau merupakan seorang yang amat komited dengan tugas dan juga kreatif dalam melakukan sesuatu perkara yang dirancangkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau... 

"BUDIMU DIKENANG..BAKTIMU DISANJUNG"








Rabu, 4 Januari 2012

1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP


Berikutan perlaksanaan 1Bestari.net pada tahun 2012 pihak sekolah akan dipasang secara berperingkat-peringkat oleh pihak pembekal iaitu YTL dengan teknologi baru 4G nanti.
Walaubagaiamanapun dalam tempoh tersebut pihak sekolah boleh memasang atau menggunakan ISP sedia ada secara interim sehingga 1Bestari.net dilengkapkan kepada sekolah anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. (Rujuk kepada JPN Selangor dan PPD kerana mereka yang akan menguruskan bayaran bill seperti sebelum ini)


1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP

Jumaat, 9 Disember 2011

SBPA Telah Aktif


SBPA Telah Aktif
Akhirnya penantian kakitangan awam terhadap SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) telah berakhir. Melalui tinjauan awal kami laman portal SBPA telah diaktifkan menu-menu untuk di muat turun borang-borang yang berkaitan.
Pada asasnya ianya terbahagi kepada tiga kategori umum. Iaitu Umum, Warga Pendidik dan Penguatkuasa (PDRM). Untuk tujuan tersebut anda bolehlah melayari laman web SBPA di http://www.jpa.gov.my/ atau agensi masing-masing di portal Kementerian terlibat.
Trafik mungkin terlalu tinggi buat masa sekarang dan untuk hebahan awal tuan/puan boleh merujuk pekeliling SBPA di bawah melalui kemudahan scribd (harapan kami ia dapat bertahan)

Rabu, 9 November 2011

Khidmat Bantu ICT ke SMK(P) Raja Zarina


  Bertempat di SMK(P) Raja Zarina pada 24 – 25 Oktober 2011 yang lalu, satu Khidmat Bantu ICT anjuran PKG Pelabuhan Klang telah diadakan di sekolah terbabit. Khidmat bantu ini bagi memberi bantuan kepada sekolah yang memohonnya dalam melakukan penambahbaikan atau pun penyelenggaraan terhadap sebarang perkara berkaitan ICT.
Antara perkara yang diberi khidmat bantu ialah :
  1. Membuat penetapan (setting) talian internet Streamyx dan SBB (Schoolnet Broadband).
  2. Membuat penetapan semula rangkaian wireless di kawasan sekolah (Pejabat, Bilik Peperiksaan, Bilik Guru, Pusat Sumber dan Makmal Komputer )
  3. Menukar switch dan membaikpulih rangkaian LAN di Pusat Akses.
  4. Membuat satu point RJ45 yang menghubungkan talian internet (SBB- Schoolnet Broadband) ke Pusat Akses.
Seramai 5 orang Juruteknik Komputer dari daerah Klang iaitu En. Asmat (SK Sg Udang), En. Syed Hanafi (SK Pulau Indah), En. Azwan Wahab (SK Pel Klang), En. Fadzli (SMK Bdr Baru Sultan Suleiman) dan juga juruteknik sekolah berkenaan iaitu Cik Latifah Bt Noerfajar telah menyertai khidmat bantu terbabit.
Terima Kasih kepada ke semua mereka yang sanggup meluangkan masa dalam memberi khidmat yang terbaik bagi yang memerlukan.

“Sekalung budi dari kami PKG Pelabuhan Klang”