SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 10 Mac 2011

Lesen antivirus Kaspersky 2011 KPM daripada TM


Lesen antivirus Kaspersky 2011 KPM daripada TM dalam tempoh interim kini boleh didapati dalam dropbox masing-masing dengan membuka email sekolah.
Caranya mudah.
  1. Buka email sekolah 1Selangor
  2. Klik link daripada support@btpnsel.edu.my
  3. Install dropbox dan tunggu fail/folder KAV di download secara automatik
KAV folder ada 2 iaitu untuk win98 dan winXP sila gunakan ikut kesesuaian PC sekolah.
Untuk memuat turun antivirus kasperky 2011 sila klik link di bawah
http://www.mediafire.com/?1736t8rlo5zt902 password sila periksa email 1Selangor
PERHATIAN : Jangan delete fail dalam folder KAV kerana sebarang perubahan akan melibatkan semua sekolah negeri Selangor

SBB Contact Centre

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia

Pertukaran no talian helpdesk TM terbaru

  1. Talian bantuan School Broadband 1800 22 7722 akan bermula pada 7 Mac 2011
  2. Talian 1060 akan ditamatkan dan sekolah boleh membuat aduan sehingga 15 Mac 2011 sahaja



Isnin, 28 Februari 2011

MESYUARAT/TAKLIMAT BIMBINGAN PELAKSANAAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

1.         Objektif bengkel:
1.1         Menyeragamkan pemantapan pembestarian sekolah di seluruh negara. Tahun 2011 akan menaik taraf 500 buah sekolah mencapai 5 bintang.
SSQS perlu diambil perhatian dan keutamaan kerana ada wakil2 rakyat yg bertanya dalam Parlimen. Hasil penarafan ini sebenarnya juga dibentangkan dalam mesyuarata inisiatif ICT KPM dan Negara.

2.         Apa itu SSQS:
2.1         Dilancarkan pd 24.4.2007 oleh Menteri Pendidikan.
2.2         Alat penilaian pencapaian

3.         Objektif SSQS:
3.1         Meningkatkan penggunaan Ict di sekolah2
3.2         Membina satu sistem pengukuran pengintergrasian ICT dalam pengurusan dan dalam P&P
3.3         Menjadi asas utk penyediaan perancangan dan pembangunan dasar
3.4         Sebagai pemangkin perubahan pendidikan
3.5         Empower guru dan pentadbir

4.         Domain SSQS
4.1         Infrastucture dengan 9 indikator                                     -10%
4.2         Aplikasi dengan 7 indikator                                           -10%
4.3         Modal insan (Pentadbir, guru dan murid) 20 indikator    -40%
4.4         Penggunaan dengan 17 indikator                                   -40%

5.         Responden
5.1         1 org pentadbir
5.2         1 org koordinator
5.3         30 org guru
5.4         30 orang murid

6.         SSQS online: http://ssqs.moe.edu.my


7.         Roles & Responsibilities

7.1         BTP
7.1.1     Selenggara SSQS
7.1.2     Monitor proses star rating
7.1.3     Analisis data
7.1.4     Help desk
7.1.5     1-300-88-2005

8.         Plan tindakan
8.1         Sijil.. Cadangan:5* ditt oleh KPPM, 3&4* Pengarah BTP, 1&2* berikan surat drp JPN. Cadangan balas mesyuarat:
8.2         Carta Alir Penarafan.
8.3         Responden; bagi sekolah kurang murid hanya 14 org iaitu:
1 org pentadbir,  1 guru Penyelaras ICT, sekurang2nya 6 org guru iaitu seorang satu subjek, dan sekurang2nya 6 org murid iaitu seorang satu subjek.

9.         Penurunan Star rating oleh 26 buah sekolah: Sehingga hari ini, maklumbalas dari sekolah belum penuh


10. Pemantauan SSQS onsite

10.1.         Fokus kepada sekolah2 yg mencapai 1&2 bintang tahun 2010. Senaraikan sekolah2 yang dirasakan boleh dinaikkan kepada 3 bintang serta sekolah2 kelompok utk dicadangkan dipantau oleh BTP dan BTPN.

10.2.         Pemantauan menggunakan instrumen SSQS yg ada data sebelum ini.

10.3     Plan tindakan Pembestarian
10.4     Perlu dihantar ke BTP setiap bulan.
10.5         Keaskini Plan tindakan, masukkan, tarikh, tempat dan sasaran
10.6         Sertakan sekali status pelaksanaan utk Jan dan Feb dengan Plan Tindakan.
10.7         Setiap program yg dilaksanakan perlu diisi rumusan.
10.8         Tarikh akhir penghantar.. setiap bulan minggu pertama .
10.9         Jumlah laporan bulanan 2(Laporan status, dan rumusan) + Plan tindakan


11.         isu semasa:
11.1         KPPM amat concern mengenai ICT.
11.2         BTP boleh melatih guru dalam ICT.
11.3         Kelab Bestari.. teruskan untuk ditubuhkan di sekolah. Tidak ada uniform.
11.4         EduwebTV.. rancangan yg nak diupload, pastikan telah melalui penilaian oleh panel penilai. Jaga kualiti.


Jumaat, 11 Februari 2011

Khidmat Bantu ICT ke SK Kampung Pendamar

Baru-baru ini PKG Pelabuhan Klang telah mengadakan Khidmat Bantu ke sebuah sekolah ahli iaitu SK Kampung Pendamar pada 24 Jan hingga 25 Jan 2011. Ia berikutan pihak sekolah telah memanggil pihak PKG Pelabuhan Klang untuk membuat pemeriksaan dan juga penyelenggaraan pada unit pada laptop PPSMI sekolah tersebut. Pihak PKG bersama-sama "Team FT Sekolah-PKG Pelabuhan Klang" telah sama terlibat dalam menjayakan program ini. Diucapkan seribu penghargaan kepada En. Mohd Fazli Izwan (FT SMK Bdr Baru Sultan Suleiman), En. Azwan Wahab (FT SK Pelabuhan Klang) dan juga Cik Latifah Noerfajar (SMK Raja Zarina) yang telah memberi komitmen yang padu bersama PKG. Semoga Tahun 2011 ini kita lebih cemerlang bersama-sama.





BENGKEL MENGEMASKINI DATA iNILAM

Pada 14 FEBRUARI 2011 yang lalu pihak pengurusan PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan Bengkel Mengemaskini Data iNilam bagi sekolah-sekolah ahli kawasan Pelabuhan Klang. Mereka yang menghadirinya adalah terdiri daripada guru GPM dan juga Guru Nilam setiap buah sekolah terbabit. 

Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti guru-guru GPM dan Nilam yang baru dilantik bagi tahun 2011 selain memberi ilmu-ilmu berkaitan mengemaskini data-data nilam 2010 ke 2011 secara online. Selain itu, pihak PKG juga menjemput penceramaj jemputan iaitu En. Nahar dari PKG Klang Bandar untuk berkongsi segala pengetahuan kepada semua Guru GPM dan Nilam ini. 



Bengkel ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PKG Pelabuhan Klang dan juga Makmal Komputer SK Pelabuhan Klang.