SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Selasa, 4 Januari 2011

Kursus Peningkatan ICT Asas dan Lanjutan untuk FT


Berikut adalah senarai kursus yang boleh dipohon oleh FT (Juruteknik Sekolah) malah Guru Penyelaras Bestari digalakan memohon untuk peningkatan tahap kemahiran diri.
  1. Web Development: Pembangunan Laman Web Bil 2/2011
  2. JAVA Programming Language Bil 1/2011
  3. Bengkel Multimedia – Digital Image
  4. Bengkel Multimedia – Digital Animation
  5. Bengkel Knowledge Management
  6. Kursus Keselamatan ICT – Pengurusan
  7. Bengkel Perancangan Strategik ICT
  8. Linux System Administration
  9. Kursus Asas Juruteknik Komputer
  10. Kursus Desktop Productivity- OpenOffice.org (Asas) Siri 1/2011
  11. Microsoft Tips dan Tricks (TOT)
  12. Microsoft Tips dan Tricks (TOT)
  13. ICT for Non-IT Managers
  14. IT Governance KEMAHIRAN ASAS ICT
  1. Kursus Analisis dan Rekabentuk Sistem (OOAD) Bil 1/2011
  2. Web Development: Pembangunan Laman Web Bil1/2011 ICT
  3. Kursus Intranet – Aplikasi Web (PHP) Bil 2/2011
  4. Kursus Pengurusan Pusat Data: Pembangunan
  5. Microsoft Office Specialist (MOS) – Access 2007 Siri 1/2011
  6. Microsoft Office Specialist (MOS) – Excel 2007 Siri 1/2011
  7. MCTS: Windows Server 2008 Networking Infrastructure Configuration
  8. ASP.NET (ASAS) PENINGKATAN KEMAHIRAN ICT
  9. Pengurusan Projek ICT – Asas
  10. Pengurusan Aset ICT: Tatacara Perolehan, Penilaian dan Pelupusan
  11. Microsoft Project 2007 Step by Step
  12. Kursus Pengurusan Pusat Data : Pengoperasian
  13. Kursus Kejuruteraan PC Bil 1/2011
  14. Kursus Business Continuity Management Siri Pertama Bil 1/2011
  15. Programming With C#
Kursus daripada OSS pula (Malaysia Public Sector, OpenSource Software Program)http://www.oscc.org.my//content/view/9/15/ :
End User Course :
  1. Linux Desktop and OpenOffice.org
  2. Introduction to Linux Desktop with Ubuntu
  3. Introduction to OpenOffice.org
OSS technical courses for public sector IT personnel on the following topics:
Technical Support Course :
  1. Linux Fundamental
Administration Course :
  1. Linux System Administration
  2. Linux Network Administration
Developer Course :
  1. Introduction to PHP Programming
  2. PHP Programming and MySQL – Basic
  3. Introduction to CMS with Joomla!
Certification Course :
  1. Introduction to OSS Usage and Licensing
  2. Certified Linux Administrator 01 (CLA01)
  3. Certified Linux Administrator 02 (CLA02)
  4. Certified OpenOffice.org and Linux Desktop (COOOL)
  5. Certified Openoffice.org Macro Base (COOOMB)

Isnin, 3 Januari 2011

Makluman Pembinaan Akaun Facebook PKG Pelabuhan Klang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Tahun Baru 2011 kepada warga-warga dan  pengunjung-pengunjung laman blog PKG Pelabuhan Klang ini...

Untuk tahun 2011, demi memastikan sumber maklumat dan capaian terus segala maklumat terkini atau semasa sampai terus ke sekolah-sekolah ahli PKG ini, dengan rasa suka citanya kami akan menyediakan medium untuk semua guru termasuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru PSS, guru-guru ICT, guru-guru NILAM dan tidak lupa juga kepada Juruteknik-juruteknik Komputer (FT17) sekolah untuk berkongsi idea dan maklumat di sini demi mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara pihak sekolah dan juga PKG.

Medium Facebook ini juga dipilih oleh pihak PKG memandangkan sambutan dan juga telah menjadi fenomena setiap orang termasuk warga pendidik dan juga semua yang terlibat menggunakan medium ini sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikan Facebook di setiap organisasinya.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari link ini untuk ke laman akaun facebook PKG :
http://www.facebook.com/pages/PKG-Pelabuhan-Klang/129541860441647

Kami akan sentiasa update segala maklumat terkini berkaitan PKG
Buat masa sekarang akaun masih dalam pembinaan..
HARAP MAKLUM...

"TEKNOLOGI TERAS PENDIDIKAN BESTARI"

Khamis, 30 Disember 2010

lesen Kaspersky yang tamat tempoh

Assalamulaikum wbrth dan Salam Sejahtera,

Berkenaan lesen Kaspersky yang tamat tempoh anda boleh menggunakan tools ini untuk membuang Kaspersky yang telah tamat tempoh. http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208279463

Untuk antivirus lain sebagai ganti anda boleh menggunakan Microsoft Security Essential http://www.microsoft.com/security_essentials/

Mohd Mohsan
Pegawai Teknologi Pendidikan

Khamis, 16 Disember 2010

Dasar MBMMBI KPM


Secara dasar MBMMBI adalah berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan P&P
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam P&P
  4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan P&P
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url http://www.moe.gov.my/mbmmbi
Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.

Rabu, 8 Disember 2010

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRIAH..


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat Menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru 1432 Hijriah daripada kami warga PKG Pelabuhan Klang