KANDUNGAN :

Selasa, 11 Januari 2011

Talian Schoolnet GITN dilanjutkan hingga akhir Januari

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga PKG yang dikasihi,

Untuk makluman tuan/puan, tempoh penggunaan talian schoolnet di sekolah telah dilanjutkan sehingga akhir bulan JANUARI 2011.

Sehubungan dengan itu, jika terdapat sekolah ahli tuan/puan yang telah ditamatkan talian schoolnet dalam tempoh ini diharap dapat maklumkan kepada pihak UPICT BTPN Selangor dengan segera.

Pihak BTPN Selangor dan JPNS sedang mengambil langkah terbaik untuk memastikan talian schoolnet masih boleh digunakan.

Segala kesulitan amatlah dikesali

* Emel ini adalah bagi pihak Penolong Pengarah UPICT BTPN SEL

Sekian terima kasih

-- 
Saya yang menurut perintah,

Nik Mazniyanti Mohammad
Pegawai Tadbir Kontrak (PRE)
Unit Perkhidmatan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Tel : 03-55484450 Samb : 145
Faks : 03-55484480

Selasa, 4 Januari 2011

ISP Internet Baru Sekolah

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi kami mengingatkan tuan/puan jangan melanggan mana-mana ISP buat masa sekarang atas beberapa faktor. Antaranya :


  1. Schoolnet 2.0 (Fiber to school) akan berjalan melibatkan 4000 buah sekolah - Lembang Klang, Melaka dan Negeri Sembilan akan terlibat (ada sekolah bertindih ISP Schoolnet dan ISP luar)
  2. Duit waran RM 600 untuk ISP luar belum diturunkan ke Jabatan lagi
  3. Surat pemberitahuan hanyalah prosedur dan syarat penamatan kontrak lama untuk kontrak baru.
Sekolah dalam negeri Selangor kebanyakan dalam kawasan HSBB atau dalam projek Fiber to School. Kami nasihatkan pendamkan dahulu minat menukar ISP kerana hampir 80% sekolah akan disambungkan dengan projek Schoolnet 2.0

Antara masalah yang akan timbul adalah jika sekolah melanggan ISP luar dan pada masa yang sama sekolah tersebut termasuk dalam projek Schoolnet 2.0 nanti kami tak pasti sekolah akan dedenda/terpaksa membayar kos penamatan perkhidmatan sebelum 24 bulan (kontrak minima ISP adalah 24 bulan).

Buat masa sekarang sekolah dinasihatkan bersabar dan gunakan Schoolnet yang sedia ada sehingga dimaklumkan kelak perkembangan terkini mengenai Internet sekolah terbaru.

-- 
Muhammad Hanif Harun
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan ICT 
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor

Kursus Peningkatan ICT Asas dan Lanjutan untuk FT


Berikut adalah senarai kursus yang boleh dipohon oleh FT (Juruteknik Sekolah) malah Guru Penyelaras Bestari digalakan memohon untuk peningkatan tahap kemahiran diri.
  1. Web Development: Pembangunan Laman Web Bil 2/2011
  2. JAVA Programming Language Bil 1/2011
  3. Bengkel Multimedia – Digital Image
  4. Bengkel Multimedia – Digital Animation
  5. Bengkel Knowledge Management
  6. Kursus Keselamatan ICT – Pengurusan
  7. Bengkel Perancangan Strategik ICT
  8. Linux System Administration
  9. Kursus Asas Juruteknik Komputer
  10. Kursus Desktop Productivity- OpenOffice.org (Asas) Siri 1/2011
  11. Microsoft Tips dan Tricks (TOT)
  12. Microsoft Tips dan Tricks (TOT)
  13. ICT for Non-IT Managers
  14. IT Governance KEMAHIRAN ASAS ICT
  1. Kursus Analisis dan Rekabentuk Sistem (OOAD) Bil 1/2011
  2. Web Development: Pembangunan Laman Web Bil1/2011 ICT
  3. Kursus Intranet – Aplikasi Web (PHP) Bil 2/2011
  4. Kursus Pengurusan Pusat Data: Pembangunan
  5. Microsoft Office Specialist (MOS) – Access 2007 Siri 1/2011
  6. Microsoft Office Specialist (MOS) – Excel 2007 Siri 1/2011
  7. MCTS: Windows Server 2008 Networking Infrastructure Configuration
  8. ASP.NET (ASAS) PENINGKATAN KEMAHIRAN ICT
  9. Pengurusan Projek ICT – Asas
  10. Pengurusan Aset ICT: Tatacara Perolehan, Penilaian dan Pelupusan
  11. Microsoft Project 2007 Step by Step
  12. Kursus Pengurusan Pusat Data : Pengoperasian
  13. Kursus Kejuruteraan PC Bil 1/2011
  14. Kursus Business Continuity Management Siri Pertama Bil 1/2011
  15. Programming With C#
Kursus daripada OSS pula (Malaysia Public Sector, OpenSource Software Program)http://www.oscc.org.my//content/view/9/15/ :
End User Course :
  1. Linux Desktop and OpenOffice.org
  2. Introduction to Linux Desktop with Ubuntu
  3. Introduction to OpenOffice.org
OSS technical courses for public sector IT personnel on the following topics:
Technical Support Course :
  1. Linux Fundamental
Administration Course :
  1. Linux System Administration
  2. Linux Network Administration
Developer Course :
  1. Introduction to PHP Programming
  2. PHP Programming and MySQL – Basic
  3. Introduction to CMS with Joomla!
Certification Course :
  1. Introduction to OSS Usage and Licensing
  2. Certified Linux Administrator 01 (CLA01)
  3. Certified Linux Administrator 02 (CLA02)
  4. Certified OpenOffice.org and Linux Desktop (COOOL)
  5. Certified Openoffice.org Macro Base (COOOMB)

Isnin, 3 Januari 2011

Makluman Pembinaan Akaun Facebook PKG Pelabuhan Klang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Tahun Baru 2011 kepada warga-warga dan  pengunjung-pengunjung laman blog PKG Pelabuhan Klang ini...

Untuk tahun 2011, demi memastikan sumber maklumat dan capaian terus segala maklumat terkini atau semasa sampai terus ke sekolah-sekolah ahli PKG ini, dengan rasa suka citanya kami akan menyediakan medium untuk semua guru termasuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru PSS, guru-guru ICT, guru-guru NILAM dan tidak lupa juga kepada Juruteknik-juruteknik Komputer (FT17) sekolah untuk berkongsi idea dan maklumat di sini demi mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara pihak sekolah dan juga PKG.

Medium Facebook ini juga dipilih oleh pihak PKG memandangkan sambutan dan juga telah menjadi fenomena setiap orang termasuk warga pendidik dan juga semua yang terlibat menggunakan medium ini sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikan Facebook di setiap organisasinya.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari link ini untuk ke laman akaun facebook PKG :
http://www.facebook.com/pages/PKG-Pelabuhan-Klang/129541860441647

Kami akan sentiasa update segala maklumat terkini berkaitan PKG
Buat masa sekarang akaun masih dalam pembinaan..
HARAP MAKLUM...

"TEKNOLOGI TERAS PENDIDIKAN BESTARI"