SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Jumaat, 27 Januari 2012

Taklimat 1Bestari.net di JPN Selangor


Pada 20 Jan 2012 satu taklimat mengenai perlaksanaan 1Bestari.net telah di adakan di JPN Selangor oleh pihak YTL YES 4G kepada JPN Selangor, PPD, BTPN Selangor dan beberapa wakil sekolah.

Antara isi penting adalah seperti berikut :
  1. Sekolah hanya boleh melanggan 1 ISP sahaja (samaada YES atau ISP lain)
  2. Notis penamatan hendaklah sekolah uruskan dalam masa 1 hingga 30 hari dan satu salinan hendaklah dimaklumkan ke PPD
  3. 300 buah sekolah akan dipasang dan akan dimaklumkan melalui email
  4. Urusan Infrastruktur dan Kemudahan di bawah tanggung-jawab JPN Selangor
  5. BTPN dan PKG bertanggung-jawab kepada VLE (Virtual Learning Environment)
  6. Sekolah bertanggung-jawab kepada penggunaan kemudahan dan penggunaan VLE
  7. Pembayaran YES 4G apa yang digunakan di sekolah (pay per used)
  8. Modem Zoom dan USB Dongle adalah hak milik syarikat

Taklimat bersam YES dan PMO Projek 1Bestari.net

Tanggung-jawab pihak berkenaan .. BTPN dan PKG hanya membantu dalam skop VLE
Maklumat dan bantuan mengenai 1Bestari.net sila hubungi seperti berikut

Support 1Bestari.net

  1. Telefon : 018-799787 (Technical Issue) dan 018-7998771 (Schedule Enquiry)
  2. Email : moesupport@ytlcomms.my

Khamis, 26 Januari 2012

Majlis Jasamu Dikenang

    Pada 18 Januari 2012 yang lalu, pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan sebuah majlis bagi menghargai Mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pelabuhan Klang iaitu En. Roslan B Shaarip dalam "Majlis Jasamu Dikenang En. Roslan B Shaarip".
    Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai yang dirai, Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Penolong Pegawai PPD Klang, Pegawai-pegawai dari BTPN Selangor dan juga para pegawai dari PKG Daerah Klang sendiri.
Untuk makluman En Roslan B Shaarip telah mendapat kenaikan pangkat ke SK TUDM Subang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sana.
    Sememangnya jasa-jasa beliau ketika berkhidmat di PKG Pelabuhan Klang amat besar maknanya bagi kami di PKG Pelabuhan Klang dan juga sekolah-sekolah ahli PKG sendiri. Beliau merupakan seorang yang amat komited dengan tugas dan juga kreatif dalam melakukan sesuatu perkara yang dirancangkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau... 

"BUDIMU DIKENANG..BAKTIMU DISANJUNG"








Rabu, 4 Januari 2012

1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP


Berikutan perlaksanaan 1Bestari.net pada tahun 2012 pihak sekolah akan dipasang secara berperingkat-peringkat oleh pihak pembekal iaitu YTL dengan teknologi baru 4G nanti.
Walaubagaiamanapun dalam tempoh tersebut pihak sekolah boleh memasang atau menggunakan ISP sedia ada secara interim sehingga 1Bestari.net dilengkapkan kepada sekolah anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. (Rujuk kepada JPN Selangor dan PPD kerana mereka yang akan menguruskan bayaran bill seperti sebelum ini)


1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP