SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Rabu, 9 November 2011

Khidmat Bantu ICT ke SMK(P) Raja Zarina


  Bertempat di SMK(P) Raja Zarina pada 24 – 25 Oktober 2011 yang lalu, satu Khidmat Bantu ICT anjuran PKG Pelabuhan Klang telah diadakan di sekolah terbabit. Khidmat bantu ini bagi memberi bantuan kepada sekolah yang memohonnya dalam melakukan penambahbaikan atau pun penyelenggaraan terhadap sebarang perkara berkaitan ICT.
Antara perkara yang diberi khidmat bantu ialah :
  1. Membuat penetapan (setting) talian internet Streamyx dan SBB (Schoolnet Broadband).
  2. Membuat penetapan semula rangkaian wireless di kawasan sekolah (Pejabat, Bilik Peperiksaan, Bilik Guru, Pusat Sumber dan Makmal Komputer )
  3. Menukar switch dan membaikpulih rangkaian LAN di Pusat Akses.
  4. Membuat satu point RJ45 yang menghubungkan talian internet (SBB- Schoolnet Broadband) ke Pusat Akses.
Seramai 5 orang Juruteknik Komputer dari daerah Klang iaitu En. Asmat (SK Sg Udang), En. Syed Hanafi (SK Pulau Indah), En. Azwan Wahab (SK Pel Klang), En. Fadzli (SMK Bdr Baru Sultan Suleiman) dan juga juruteknik sekolah berkenaan iaitu Cik Latifah Bt Noerfajar telah menyertai khidmat bantu terbabit.
Terima Kasih kepada ke semua mereka yang sanggup meluangkan masa dalam memberi khidmat yang terbaik bagi yang memerlukan.

“Sekalung budi dari kami PKG Pelabuhan Klang”