SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Rabu, 28 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKG Daerah Klang

        Pada 23 September yang lalu, PKG daerah Klang telah menganjurkan "Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKG daerah Klang". Majlis tersebut adalah hasil kesepakatan kelima-lima buah PKG daerah Klang yang memberi komitmen dalam menjayakannya.
        Antara tetamu yang hadir adalah seperti para pegawai dan staf PKG, guru-guru dan staf SK Pelabuhan Klang, En. Nasir BTPN Selangor dan juga mantan-mantan pegawai PKG daerah Klang yang pernah berkhidmat di PKG daerah Klang. Antara mantan pegawai PKG yang hadir memeriahkan majis ialah En. Marzuki, (PKG Telok Gadong/BTPN), En. Zailani (PKG Klang Bandar), En.Ustaz Zainuddin (PKG Kapar/BTPN), En. Surani (PKG Pel Klang) dan juga Pn. Azizah (PKG Pel Klang/Kapar).

       Majlis berlangsung dalam suasana meriah hari raya dari pagi hingga ke petang. Diharapkan majlis sebegini dapat diteruskan dan menjadi tradisi kepada PKG daerah Klang dan menjadi medan untuk menguatkan lagi ikatan silaturrahim para pegawai  yang berkhidmat di PKG.














Isnin, 19 September 2011

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Kepada semua sekolah ahli PKG Pelabuhan Klang, dimaklumkan bahawa pada 11 Sept - 1 Okt 2011, SPPICTS akan memulakan kutipan data. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat sedikit masalah teknikal dan sedang diambil tindakan. Kutipan akan bermula sepenuhnya mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat sepenuhnya pada 8 Okt 2011.
Sekian, Harap maklum.
PKG Pelabuhan Klang.

Selasa, 13 September 2011

Pengurusan Sumber Pendidikan

Dapatkan pelbagai maklumat dan bahan pendidikan di http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/. Alamat sesawang ini sesuai di promosikan kepada guru dan murid.