SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Rabu, 4 Mei 2011

Maklumat Asas Peralatan ICT di Sekolah


Perkara di atas di rujuk :


2. Dimaklumkan terdapat kekurangan maklumat di dalam pungutan data SPPICTS terutamanya adalah Bilangan Peralatan ICT yang sebenarnya terdapat di sekolah.SPPICTS hanya merangkumi peralatan ICT di Makmal Komputer dan juga Pusat Akses Sekolah sahaja sedangkan masih banyak peralatan ICT disekolah yang tidak tersenarai. Kekurangan dan ketidak tepatan data ini menyukarkan pihak BTP untuk melakukan penyenggaraan terhadap peralatan ICT ini.

3. Sehubungan dengan itu dipohon bantuan supaya PKG melengkapkan maklumat di dalam borang yang dilampirkan dan mengembalikannya kepada Unit Data BTP (unitdata@moe.edu.my) selewat-lewatnya pada 20 Mei 2011. Bersama ini disertakan borang berkenaan iaitu;
a. Maklumat Peralatan ICT Sekolah.docx (untuk diedarkan kepada sekolah bagi pungutan data)
b. Peralatan ICT Sekolah.xlsx (untuk PKG kembalikan kepada Unit Data BTP)

4. Segala kesulitan amat dikesali. Kami pohon agar kutipan data ini dapat disempurnakan pada tarikh yang berkenaan.