SELAMAT DATANG KE BLOG PKG PELABUHAN KLANG...

Khamis, 25 November 2010

antivirus percuma

Antivirus Percuma untuk Sekolah

LAMAN MIKRO MBMMBI



25th October 2010


Klik di sini untuk memasuki laman mikro MBMMBI.

Guru Cemerlang


“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)



Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bagi guru-guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan bil. 5/2010 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Sekolah Rendah) boleh disemak di laman web KPM bermula 15 November 2010 sehingga 3 Disember 2010. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMANuntuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Untuk semakan klik 
di sini.

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Print Email Report Back 



Warga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengalu-alukan kedatangan YBhg Datuk Hj Isa bin Abu sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Print Email Report Back 


Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.

Mohon Makmal Komputer Baru


Salam, Selamat Datang ke PKG Pelabuhan Klang Sila klik langgan suapan RSS kami atau melalui email untuk berita terkini lagi sensasi.
BTPN Selangor telah bermesyuarat bersama Timbalan Pengarah JPN Selangor mengenai beberapa perkara termasuk menyentuh mengenai makmal komputer sekolah yang masih belum dibina di sekolah tuan/puan walaupun sekolah tersebut telah lama wujud.
Mohon sekolah yang belum mendapat Makmal Komputer (sekolah lama / sekolah baru) memohon secara bertulis kepada Pengarah sendiri dan cc satu salinan kepada BTPN Selangor melalui email (support@btpnsel.edu.my)
Mohon dalam surat nyatakan perkara berikut :
  1. Tahun sekolah ditubuhkan,
  2. Justifikasi perlunya makmal (mata pelajaran, projek khas dan keperluan lain) dan
  3. Enrollment sekolah.
Segala surat tuan puan diberi jaminan oleh Unit ICT dan Pembangunan Jabatan akan dijawab dalam masa 1 minggu oleh En Abdullah daripada Unit ICT Jabatan serta Unit Pembangunan.
Ini adalah berikutan masih ada sekolah sejak 10 tahun lepas yang masih belum mempunyai makmal komputer yang mana kami di BTPN Selangor melihat perkara ini serius kerana menyekat matlamat membestarikan pendidikan secara amnya seperti pelaksanaan MBMMBI pada tahun hadapan.

Khamis, 4 November 2010

Hari Sukan Ke-29 SJKC Pandamaran B

Nama Sekolah : SJK(C) Pandamaran B
Nama aktiviti :Temasya Sukan ke- 29
Tarikh : 8 Oktober 2010
Tempat : Padang Sekolah
      

SJKC Pandamaran  B  mengadakan temasya sukan kali ke- 29 pada 8 Oktober 2010 di padang sekolah. Hari Sukan tersebut merupakan acara tahunan sekolah.
        Tujuan Hari Sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid ,guru-guru dan ibu bapa.
        Acara pertama yang berlangsung pada pagi itu ialah acara perbarisan. Acara ini disertai oleh kesemua peserta rumah sukan yang mengambil bahagian. Ada lima rumah sukan yang bertanding, iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Ungu.
        Pelbagai acara sukan dipertandingkan. Antaranya termasuklah lumba lari, lompat tinggi, tarik tali, lari dalam guni, lompat tali dan sebagainya. Acara yang paling menarik ialah tarik tali. Ramai ibu bapa datang untuk memberi sokongan kepada anak mereka. Suasana pada hari itu riuh-rendah.
        Temasya sukan tahunan tamat pada pukul 12.45 tengah hari.Rumah Ungu telah menjadi johan keseluruhan pada tahun ini.
         Sebelum bersurai, guru-guru dan murid-murid membersihkan padang sekolah. Temasya sukan tahunan ini telah mengeratkan hubunngan antara pihak sekolah,  ibu bapa dan murid-murid.

Tilawah Al- Quran Peringkat Zon

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
Nama aktiviti :Tilawah Al- Quran Peringkat Zon .
Tarikh : 24 Mac 2010
Hari : Rabu
Sekolah Yang Terlibat :SK Kg Pendamar, SK Kg Idaman, SK Telok Gong, SK Pelabuhan, SK Pulau Indah 2, SK Telok Gadong, SK Sg Udang, SK Raja Uda, SK Tengku Bendahara Azman 1 dan 2.

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG    RAJA UDA
NAMA AKTIVITI : HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA  2010
TARIKH : 10 MEI 2010 
ANJURAN : KELAB SPBT & PERPUSTAKAAN DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER  SEKOLAH.

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan , Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ( World Book and Copyright Day . Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta Intelek melalui hak cipta.

AKTIVITI
1  Majlis Perhimpunan
a. Ucapan Pengerusi Majlis
b. Taklimat ‘Hari Buku & Hak Cipta Sedunia tahun 2010’
c. Ucapan Perasmian oleh Guru Besar / Penyelia Petang
d. Persembahan Murid :
- Bercerita oleh Aida Roslaina bt Abd Razak ( Sesi Pagi )
- Bercerita sesi petang
e. Majlis Pengiktirafan NILAM
f. Penyampaian Sijil & Hadiah Pembaca Terbanyak Bulanan
g. Nyanyian lagu :
-  ‘Membaca Gaya Wawasan’
-  NILAM
h. Bersurai

2.  Pertandingan Mewarna Tahap 1
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 1 jam

3. Pertandingan Melukis poster Tahun 5
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 2 jam )

4. Pertandingan Mencipta Kulit Buku Cerita Tahun 4
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 2 jam )

5. Pertandingan Membaik pulih  Buku Cerita : Tahun 6
( Dilaksanakan di bilik darjah : selepas rehat – 1 jam )

Semoga aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak agar wujud kesedaran tentang peri pentingnya amalan membaca dan pengiktirafan kepada mereka yang telah memerah otak berkarya untuk tatapan umum. Kreativiti dalam pelaksanaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia juga akan memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti perbukuan. Sesungguhnya “MEMBACA MEMPERKAYA MINDA”.
 

Kem Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

LAPORAN AKTIVITI


Nama Sekolah : SK Pulau Indah 2
Nama aktiviti :Kem Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Tarikh : 22. 7. 2010




Aktiviti kem bermula pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat pengkelasan bahan. Pengawas didedahkan kepada bahan buku dan bahan bukan buku yang terdapat di pusat sumber.

   
Seterusnya mereka menjalani aktiviti memproses bahan buku.  Dalam sesi ini mereka mempelajari bagaimana mengkelaskan buku mengikut tajuk dan kumpulan. Pengawas juga melakukan proses pengkelasan buku supaya mereka lebih memahami tugas mereka di pusat sumber. Begitu juga dengan bahan bukan buku.

   
Sesi terakhir adalah sesi motivasi untuk pengawas pusat sumber. Para pengawas diingatkan supaya menjalankan tugas dengan lebih berkesan selepas menghadiri kem ini. Mereka juga diminta supaya menjalankan tugas dengan lebih teratur dan terancang.

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina SJKC Zon Klang Selatan


Nama Sekolah : SJK (C) Lee Min, Telok Gong.
Nama Aktiviti : Pertandingan Syarahan Bahasa Cina 
Zon Klang Selatan
Tarikh : 4 Mei 2010 
Anjuran Bersama : Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Negeri Selangor & 
                            Majlis Guru Besar SJKC Klang















Sambutan Hari Guru SJKC Lee Min 2010

2010年利民华小教师节庆典

Nama Sekolah : SJK (C) Lee Min, Telok Gong.
Nama Aktiviti : Sambutan Hari Guru 2010
Tarikh : Mei 2010 

Ong: Govt’s efforts to help Chinese schools proven over time










Ong (right) getting feedback from Morina Mohri Morizam, who is an orang asli laut pupil, during his visit to SJK(C) Wu Teck.



The Government’s efforts to help Chinese primary schools have been proven over time and they are not just “political sweet talk” for elections, MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat said.He said the Government had managed to prove that such accusations made by the people with bad intentions had no basis.


     Driving home his point, Ong said the SJK (C) Wu Teck in Bagan Hylam in the Klang parliamentary constituency, where the party’s candidate lost in the last general election, was being relocated to a new site in Parkland, Bukit Tinggi 3.  “Today, we are here to start the project soon although the MCA lost,” he told reporters after visiting the school. He said a RM3mil allocation under the mini budget had been approved by the Federal Government for the new premises of the school, adding that this was additional proof that such projects were not only carried out during campaign periods.
     
     Ong, who is the Transport Minister, said the MCA had never been lax in its efforts to assist SJK(C) Wu Teck from the beginning despite facing various challenges and obstacles, including getting the building plan, allocation and the relocation approved.The new school, with 30 classrooms on a 1.4ha plot, is expected to be ready in two years and can accommodate more than 1,000 students. The present wooden building houses only three classrooms with 47 pupils.Ong said students would be absorbed into nearby schools when it was closed. The developer of Parkland has agreed to donate the land for the school and RM1mil towards the building fund. Ong also said that the Government had allocated RM50mil for Chinese primary schools that needed immediate treatment for termite problems, adding that 33 schools in Selangor were allocated RM3.37mil.
March 31, 2009

- The Star -

Rabu, 3 November 2010

Hari Gotong-Royong SJKC Pandamaran B Tahun 2010

2010年班达马兰华小B校大扫除

Nama Sekolah : SJK (C) Pandamaran B
Nama Aktiviti : Hari Gotong-royong 2010













 

Sambutan Hari Guru SJKC Pandamaran B Tahun 2010

2010年班达马兰华小B校教师节庆典
Nama Sekolah : SJK (C) Pandamaran B
Nama Aktiviti : Sambutan Hari Guru 2010
Tarikh : Mei 2010 



Verifikasi Data SPPICTS Bil 2

Atas beberapa isu dan masalah yang tidak dapat dielakan oleh BTP untuk melaksanakan SPPICTS bil 3 pada baru-baru ini. Banyak persoalan mengenai verifikasi data SPPICTS bil 2 untuk dijadikan SPPICTS bil 3. Sebenarnya ianya agak mudah tapi untuk menjelaskan lagi apa yang perlu PKG buat kami sertakan step dibawah :
  1. Download data mentah daripada laman web yang diberi http://mail.moe.edu.my/btpcms. (guna id email moe untuk log masuk)
  2. Periksa data dengan sekolah betul atau tidak ?
  3. Betulkan jika ada salah
  4. Email data yang telah disahkan kepada sppicts@btpnsel.edu.my dalam betuk excell mengikut PKG masing-masing.

Permohonan Penggunaan Streamyx oleh Sekolah

Sekolah dibenarkan menggunakan streamyx memandangkan permohonan untuk menambah bandwidth atau penukaran kepada teknologi ADSL  tidak dapat dilaksanakan akibat keperluan lain yang lebih mendesak.
Harap sekolah dapat memahami keadaan yang berlaku. Berikut adalah surat jawapan KPM kepada sekolah yang terlibat (Sekolah Seksyen 9, Kota Damansara)
  Surat Kebenaran Melanggan Streamyx (144.3 KiB, 196 hits)                                               
Kiriman Berkaitan

Selasa, 2 November 2010

MBMMBI

Usaha Untuk Menjayakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Sesi pertama bermula Januari 2011, Tahun Satu.

i.             Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah program baru yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English language yang diperolehi adalah untuk kegunaan murid-murid bagi program ini.
ii.            Kurikulum baru bagi mata-pelajaran Bahasa Malaysia dan English language akan diperkenalkan mulai sesi 2011 di semua sekolah rendah.   Bahan digital yang diperolehi adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum terkini.
iii.           Kurikulum baru Bahasa Malaysia didapati akan memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini. 
·        Ia perlu mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah.
·        Ia juga akan menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.
iv.          Kurikulum baru English language didapati akan memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.
·        Ia akan memberikan pendedahan phonics  kepada pelajar.
·         Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.

PKG Pelabuhan Klang akan mengedarkan bahan digital MBMMBI dua hari selepas penerimaan semua bahan tersebut di PKG. Seorang guru BM dan seorang guru BI yang mengajar tahun satu akan diberi taklimat dan membuat bengkel pengunaan bahan tersebut di PKG Pelabuhan Klang.

Bengkel Penyelenggaraan Komputer

PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan Bengkel Penyelenggaraan Komputer bertempat di Bilik ICT PKG Pelabuhan Klang pada 2 hingga 4 November 2010. Bengkel ini bertujuan memberi latihan penyelengaraan kepada 5 orang Juru Teknik Komputer Sekolah Zon PKG Pelabuhan Klang dan telah dikendalikan oleh En. Norazlan b. Sharif dari KISAS dan En. Mohd Asmad b. Sulziman dari SK Sungai Udang.

Bengkel Buletin PKG Pelabuhan Klang

    Bermula 1 hingga 4 November 2010, PKG Pelabuhan Klang (PKGPK) telah menganjurkan Bengkel Buletin PKGPK melalui blog. Bengkel ini telah dilaksanakan di PKGPK dan disertai seramai 10 orang. Kumpulan ini akan kekal dan sentiasa memberi maklumat terkini melalui http://pkgpelklang.blogspot.com/. Diharapkan dengan adanya buletin ini, sekolah ahli PKGPK akan dapat berkongsi cerita melalui buletin ini dengan email ke pkgpelklang@gmail.com dan mendapatkan maklumat serta bahan.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010 SJK(T)WATSON

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang telah diadakan di Dewan Pejabat Tanah Daerah Klang pada 18.11.2010.
Majlis ini ditaja oleh  En.P.Thiayagarajan  iaitu Pengurus OMS Group Engineering Sdn.Bhd. Beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 8700.00 untuk menjayai majlis ini. Para tetamu khas dan ibu bapa turut menghadiri majlis ini. Murid-murid menerima hadiah mengikut kategori.Majlis ini juga meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2009. Tokoh murid dipilih berdasarkan kriteria –kriteria yang ditentukan oleh panel yang terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
Guru –guru dan ibu bapa telah memberi kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Para hadirin telah terhibur dengan persembahan murid. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari dalaman mahupun luaran

HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2010

Hari Graduasi Prasekolah SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang telah berlangsung pada 22.10.2010 (Jumaat) di Dewan Thiruvalluvar, Pelabuhan Klang. Seramai 73 orang murid telah menyertai dalam majlis ini.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh En.Ve.Elanjelian , Head of Projects,Center for Community Initiatives,MCEF.Ucapan aluan diberikan oleh Puan Guru Besar SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa,Pelabuhan Klang iaitu Pn.Valsala Mathavan Nair. Pada hari tersebut En.P.Thiayagarajan  iaitu Pengurus OMS Group Engineering Sdn.Bhd. juga turut menghadiri  bersama isterinya iaitu bekas guru besar sekola ini sebagai tetamu khas.
Seramai 73 orang murid telah menghadiri untuk HariGraduasi dan telah menerima sijil tamat prasekolah daripada tetamu khas.
Guru –guru dan ibu bapa telah memberi kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Para hadirin telah terhibur dengan persembahan murid. Majlis Hari Graduasi Tahun Enam berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari dalaman mahupun luaran.

HARI GRADUASI TAHUN ENAM 2010

Seramai 198 orang murid –murid tahun enam telah menyertai Hari Graduasi pada 29.10.2010 (Jumaat) di Tapak Perhimpunan SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh En.R.Nagandran , Pengurus Rantau Selasa Sdn.Bhd. Pada hari tersebut En.P.Thiayagarajan  iaitu Pengurus OMS Group Engineering Sdn.Bhd. juga turut menghadiri  bersama isterinya iaitu bekas guru besar sekolah ini sebagai tetamu khas. Sambutan ini telah diadakan sempena menghargai jasa guru-guru tahun enam yang telah banyak menyumbangkan bakti untuk mencapai keputusan UPSR yang cemerlang
Guru –guru dan ibu bapa telah memberi kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Para hadirin telah terhibur dengan persembahan murid. Majlis Hari Graduasi Tahun Enam berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari dalaman mahupun luaran.